Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penumpang Terselamat Dakwa Bas...

BATU PAHAT - Seorang penumpang yang terselamat dalam nahas bas di Thailand mendakwa...

7 Ahli KWSP Didapati...

KUALA LUMPUR - Tujuh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah bersabit...

Shabery Cheek Jumpa Warga...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan...

Tidak Melindungi Syarikat Udara...

SEPANG — Kerajaan tidak akan melindungi syarikat penerbangan tempatan di tengah-tengah persaingan dengan...

Tak Perlu Undi Rosak, Pilih Kerajaan Pembangunan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tidak perlu merosakkan undi dan terpengaruh dengan gerakan merosakkan undi oleh pihak tertentu yang berpendapat parti politik kerajaan dan pembangkang tidak menguntungkan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sememangnya ada kelemahan di kedua-dua belah pihak, namun rakyat boleh membuat pilihan antara kerajaan sedia ada dan pembangkang dengan menilai pembangunan yang telah dilaksanakan.

“Berbeza dengan pembangkang, banyak pembangunan infrastruktur negara seperti Transit Aliran Massa (MRT), Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118, Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar, Kota Iskandar, Landasan Keretapi Pantai Timur ( ECRL), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog www.najibrazak.com hari ini.

Tambahnya, program-program tambah kuasa beli seperti dana keusahawanan, subsidi perubatan, pendidikan, pelbagai skim latihan dan perumahan mampu milik juga membuktikan ia untuk pembangunan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sebaliknya, kata perdana menteri, negeri-negeri yang ditadbir pembangkang mengenakan cukai tanah yang melambung tinggi sehingga 1,671 peratus di Pulau Pinang dan 300 peratus di Selangor.

Selain itu, Najib turut mempersoalkan keperluan membina terowong dasar laut di Pulau Pinang memandangkan telah ada dua jambatan di negeri itu.


“Jika dibandingkan, kerajaan Barisan Nasional konsisten dalam membawa pembangunan di negara ini, sekali gus menjamin masa depan setiap rakyat Malaysia.

“Tidak perlu rosakkan undi anda, pilihan terbaik untuk rakyat adalah jelas sekali,” katanya. – BERNAMA

Kategori