Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Batal AP Syarikat...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membatalkan dengan serta-merta kelulusan permit (AP) syarikat-syarikat yang gagal...

Kerajaan Tak Hasrat Mansuhkan...

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam sedia ada, kata...

Yapeim & 7 Lagi...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya...

7 Pemain Baru Perkuat...

KUALA LUMPUR – Bakal pencabar kejuaraan Liga Super 2019, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor...

Tak Sarapan 2 Tahun Demi Rawatan Adik

BUKTI kasih sayang abang kepada adiknya, seorang kanak-kanak sanggup mengikat perut dengan tidak makan sarapan selama dua tahun untuk menyimpan wang bagi membiayai kos rawatan adiknya.

Lapor South China Morning Post, Li Guoliang dari daerah Le’an, wilayah Jiangxi, China menyimpan 1,353 yuan (RM838) dalam tin biskut untuk kos rawatan adik lelakinya berusia lima tahun yang menghidap barah hati.

“Ini mesti cukup untuk merawat adik,” katanya ketika menyerahkan wang syiling dan not satu yuan kepada bapanya.

Jumlah wang simpanan Guoliang sebenarnya hanya cukup bagi kos rawatan sehari namun ia merupakan pengorbanan seorang abang yang amat bermakna.

“Saya mahu hantar wang ini kepada ibu bapa di Beijing melalui pos namun posmen tidak membenarkannya,” kata Guoliang.

Portal berita itu yang memetik laporan Tencent menyatakan, rawatan adik Guoliang merangkumi tiga pembedahan dan 24 kali kemoterapi sejak 2016 menelan belanja hampir sejuta yuan (RM619,000).


Ibu bapa Guoliang tinggal berhampiran hospital tempat adiknya dirawat di Beijing, manakala kanak-kanak itu ditinggalkan bersama ibu saudara di kampung.

Keluarga berpendapatan rendah itu kini berhutang keliling pinggang kerana datuk Guoliang juga baru menjalani pembedahan kaki, manakala neneknya sukar melihat akibat katarak. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori