Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Pemilihan PKR Cabang Puchong,...

KUALA LUMPUR - Pemilihan PKR di cabang sekitar Selangor hari ini sekali lagi...

PRU14: Tahap Siap Siaga...

KUALA LUMPUR - Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara...

Terus Perkasakan Sekolah Pondok,...

PASIR PUTEH - Kerajaan Persekutuan terus memperkasakan 38 sekolah pondok dan 40 sekolah...

7 Juta Maut Akibat...

PARIS - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa lebih tujuh juta manusia meninggal...

Tak Sokong Kekang Berita Palsu Ibarat ‘Suka’ Fitnah

SHAH ALAM – Mana-mana pihak termasuk parti politik yang tidak menyokong pembentangan draf perincian bagi mewujudkan undang-undang baharu bagi mengekang berita palsu boleh diibaratkan seperti ‘suka’ kepada penyebaran fitnah.

Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata draf perincian undang-undang itu yang dijangka dibentangkan ke Kabinet selepas sambutan Tahun Baharu Cina itu adalah satu usaha kerajaan untuk menangani penyebaran berita palsu yang boleh memberi impak negatif kepada negara pada masa depan.

“Tiada mana-mana pihak pun suka difitnah dan rakyat juga tidak suka sekiranya fitnah terus bermaharajalela. Orang atau organisasi hanya suka kepada fitnah dan berita palsu jika ia menguntungkan mereka.

Disebabkan itu, Barisan Nasional (BN) pastinya akan sokong undang-undang ini dan kita harap semua pihak termasuk parti pembangkang turut sama menyokong kerana jika tidak, nampak sangat tembelang mereka,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Perangi Fitnah Media Sosial anjuran Biro IT UMNO, di sini hari ini.

Beliau berkata usaha kerajaan itu adalah rentetan daripada pelbagai fitnah dan berita palsu yang semakin kerap tular khususnya setiap kali menjelang pilihan raya oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memahami betapa bahayanya kesan fitnah kepada negara. – BERNAMA

Kategori