Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Dan Tiga Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari...

Kehendak Aturan 53 Dalam...

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara akan memansuhkan kehendak dalam Aturan 53 Kaedah...

Mohd Yusoff Tawar Diri...

MELAKA - Datuk Mohd Yusoff Mahadi menawarkan diri menjadi 'orang kanan' Tunku Ismail...

Hentikan Elaun BITK Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang...

“Takde Tempat Lain Ke?” Netizen Pelik Lofa Pilih Zouk

JIKA Ahad lalu para peminat dan pemerhati industri hiburan ‘dibuaikan’ dengan resepsi pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura yang indah bak kayangan, semalam (Isnin) fokus beralih pula pada personaliti TV popular, Neelofa.

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Hajjah Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa,29, telah memilih kelab malam Zouk Kuala Lumpur sebagai lokasi bagi pelancaran koleksi baharu Be Lofa by Neelofar Hijab dan majlis sambutan hari lahirnya.

Pelbagai persoalan telah berlegar-legar di fikiran para netizen yang agak berang kerana sebagai seorang muslimah yang bertudung, Neelofa perlu memikirkan banyak perkara sebelum dia membuat keputusan memilih kelab malam sebagai lokasi acara tersebut.

Ada yang menganggap bahawa Neelofa cuba untuk memainkan agama serta cuba untuk menaikkan namanya dengan cara meraih publisiti ‘murahan’ sebegitu.

Jika dilihat pada dasarnya, memang tiada salahnya Neelofa memilih Zouk sebagai lokasi pilihan kerana tidak dinafikan, dengan tema Neon yang dibawa pasti di tempat gelap sahaja yang sesuai bagi menyaksikan kecantikan limpahan cahaya pendarflour yang berwarna-warni.

Namun apa yang membuatkan sesetengah netizen berasa pelik adalah mengapa perlu adakan majlis di kelab malam, apatah lagi produk yang dilancarkan itu adalah koleksi tudung?

Dalam banyak-banyak lokasi, mengapa kelab malam juga yang dipilih? Banyak lagi lokasi yang menarik di sekitar Kuala Lumpur jika dibandingkan dengan kelab malam tersebut.

Menurut netizen, difahamkan lokasi acara tersebut bukanlah di dalam kelab malam itu sendiri tetapi di dalam sebuah dewan yang dikhaskan untuk mengadakan majlis.

Namun, matlamat tak menghalalkan cara. Oleh kerana lokasi majlis itu memang secara terangan di kelab malam, tiada apa yang dapat menjernihkan pandangan serong masyarakat terhadap pemilihan lokasi tersebut.

Majlis itu turut dihadiri oleh ramai hijabista yang tanpa segan silu turut menari terkinja-kinja ketika sesi sukaneka diadakan.

Malah, apa yang tidak sedap mata memandang adalah terdapat beberapa wanita berhijab yang bagaikan ‘disampuk’ oleh ‘hantu Zouk’ kerana begitu asyik menari.

Dalam pada itu, netizen ‘bermata helang’ turut mengecam salah seorang daripada sekumpulan wanita berhijab yang menari ghairah itu merupakan blogger terkenal yang sering muncul di kaca televisyen sebagai pengacara.


Selain itu, terdapat beberapa netizen turut mempertahankan tindakan pelakon Suri Hati Mr. Pilot tersebut kerana menganggap tiada salahnya mengadakan majlis di kelab tersebut.

Hal itu disebabkan kerana ketika majlis itu, tiada minuman beralkohol disediakan dan majlis turut tidak melibatkan aktiviti yang berlebihan.

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, iaitu Syifa Melvin turut menyebelahi Neelofa dan menyifatkan ianya sekadar majlis pelancaran dan sambutan hari lahir sahaja.

Dalam ramai yang mengecam, ada juga beberapa netizen cuba untuk berfikir positif tentang maksud sebenar pemilihaan kelab malam tersebut.

Kononnya pelakon dan pengacara itu cuba untuk membuat pembaharuan dan cuba untuk menyebarkan dakwah Islam dengan cara mengadakan majlis sedemikian di sana.

Bagaimanapun, pemilik Naelofar Hijab iaitu Neelofa sendiri telah memberi penjelasan atas sebab utama dia memilih kelab malam tersebut sebagai lokasi pilihan.

Menurut Neelofa, kelab malam tersebut dikatakan bersesuaian dengan bajet yang mereka miliki dan lokasinya juga sesuai jika dibandingkan dengan tempat lain, yang menelan kos lapan kali ganda.

Di laman sosial Twitter sahaja tanda pagar #NeelofaZouk sudah menajdi trending kerana ramai yang memperkatakan tentang kejadian malam tadi.

Silap haribulan pasti akan ada individu yang berpengaruh akan memberi teguran kepada Hajjah Neelofa! – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori