Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Kenanga Research Unjur...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari pasaran modal negara ini dijangka...

Tindakan Ceroboh UM Perbuatan...

KUANTAN - Tindakan orang ramai dengan dibantu oleh segelintir mahasiswa merempuh pintu utama...

RAM Jangka Pertumbuhan Eksport...

KUALA LUMPUR – RAM Ratings jangka pertumbuhan eksport Malaysia pada November menyusut kepada...

Angka Korban Covid-19 Global...

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini direkodkan pada Jumaat sebanyak 1,991,530...

Tanah Suci Bukan Tempat Fesyen, Anzalna Beringat

BERFESYEN tu tak salah, tapi biarlah berpada-pada dan kena dengan tempat… Kalau berfesyen ketika berada di Tanah Suci Makkah macam mana pula?

Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi pandangan peribadinya yang mana Makkah serta Madinah bukanlah satu tempat sesuai untuk berfesyen ketika berada di sana.

Malah, kenyataan tersebut turut dipersetujui pelakon Anzalna Nasir dan mengambil teguran itu sebagai peringatan buat dirinya serta perkongsiannya di laman Instagram miliknya itu juga tidak berniat untuk ditujukan kepada mana-mana individu.

“Semalam anniversary tiba-tiba teringat pula selepas kahwin rancang honeymoon ke tempat lain, tiba-tiba dijemput ke Mekkah dan Madinah. Alhamdulillah.. rezeki. Hati rasa tenang kat sana,” tulisnya di posting semalam.

Beliau dikatakan merujuk kenyataan Asyraf Wajdi tentang isu selebriti yang melaram serta berfesyen ketika berada di Tahah Suci sehingga menjadi perbualan ramai netizen.

Malah, ianya bagaikan menjadi satu trend mereka untuk berfesyen mahupun memperagakan kemewahan walaupun ketika itu sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Bagaimanapun, ia merupakan satu teguran terbuka kepada semua golongan selebriti supaya mereka akan kembali semula kepada prinsip agama Islam kerana perbuatan seperti itu tidak selari sama sekali dengan ajaran agama kita.

Namun walaupun di posting tersebut, pelakon drama Dendam Aurora itu telah menyebut bahawa ia tiada kena mengena dengan mana-mana individu mahupun selebriti, masih ada juga yang gigih untuk tag beberapa selebriti tanah air di posting berkenaan.


“Rindu pula.. Semoga menjadi tetamu Allah tahun ni. Yang penting niat tu. Bagus teguran ni, Peringatan untuk diri sendiri juga. Alamak jadi ustazah pulak Anzalna ni..

“Korang tak perlu nak tag sesiapa ini tiada kaitan dengan hidup atau yang mati. Ini hanyalah peringatan untuk kita semua ada faham?” tulisnya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 bersama dengan pilihan hatinya, Muhammad Hanif Zaki, 30, turut memilih untuk mengerjakan umrah selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga iaitu sekitar April tahun yang sama.

Umrah itu juga dikatakan sebagai satu hadiah buat mereka kerana pasangan itu telah menolak untuk berbulan madu di negara lain dan sebaliknya telah memilih untuk ke Tanah Suci bersama dengan ibubapa Anzalna.

“Semalam anniversary tiba-tiba teringat pula selepas kahwin rancang honeymoon ke tempat lain, tiba-tiba dijemput ke Makkah dan Madinah. Alhamdulillah.. rezeki. Hati rasa tenang kat sana. Boleh lupa akan hal dunia.

“Paling best sebab dapat bawa mama, abah dan suami. Waktu kat sana nak bawa keluar phone pun takut apatah lagi nak bawa handbag. Kita bawa bag Andalusia paling selamat dan senang. Rindu pula.. Semoga menjadi tetamu Allah tahun ni,” tulisnya lagi.

Posting Anzalna itu telah mendapat pujian daripada ramai netizen dan menyifatkan pelakon itu sebagai seorang selebriti yang sering menegur orang lain demi kebaikan bersama. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori