Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Budak Mati Disyaki...

IPOH : Kertas siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan disyaki didera ibu dan bapa...

Kuasa Netizen ‘Bawang’, Kontrak...

DEK kuasa netizen mulut 'bawang' berikutan isu rumah tangga melanda pelakon, Izreen Azminda...

Kedai Runcit Simpan Bunga...

BUTTERWORTH - Sebuah kedai runcit di Pangsapuri Emas di sini, yang menyimpan pelbagai...

Lebih Ramai Peserta Baju...

BAGAN DATOH - Lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju...

Tekun Nasional Dorong Usahawan India Majukan Diri

KUALA LUMPUR – Berbekal keazaman untuk meningkatkan taraf hidup seiring dengan kemajuan zaman, T. Suresh , 41, dari Ulu Tiram, Johor, tekad untuk melibatkan diri dalam penternakan lembu tenusu pada dua tahun lepas.

Keputusan beliau untuk mendapatkan bantuan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional membuahkan hasil apabila dengan hanya bermodalkan lima ekor lembu, kini beliau berjaya menternak lebih 150 ekor lembu daging termasuk yang diimport dari Australia di ladang seluas 20 hektar.

Beliau kemudiannya mengembangkan perniagaan dengan mengusahakan tanah seluas 10 hektar di Jemaluang, Johor bagi penanaman buah-buahan tempatan seperti cempedak, nangka, pisang, durian dan kelapa pandan.

“Terima kasih kepada (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaan yang serius membantu dan memberi semangat kepada saya. Kini saya akan usahakan projek penanaman rumput ‘Napier’ untuk makanan ternakan lembu di tanah seluas 4 hektar ,” katanya kepada Bernama.

Selain daripada itu, Suresh turut memasarkan susu segar di hotel terkemuka, syarikat dan korperasi di sekitar Johor.

Dengan pengalaman dan kejayaan yang diperolehi, beliau teruja untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta membimbing mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Suresh merupakan antara 20,003 usahawan India yang menerima bantuan pinjaman SPUMI yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membantu masyarakat India di negara ini meningkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang keusahawan.

Bagi pemilik syarikat barangan kitar semula K. Alemelu, 37, Seremban, bantuan yang diterimanya dimanfaatkan dengan membeli sebuah jentera forklift dan mesin ‘pressing’ kitar semula untuk perniagaannya yang beroperasi di Senawang.

Hasil daripada usaha dan kegigihannya, beliau kini berjaya membuka sebuah lagi cawangan dan keuntungan yang diperolehinya pada tahun lalu adalah kira-kira RM1.2 juta.

“Bagi usahawan ‘middle class’ seperti saya, TEKUN sangat membantu kerana faedah pinjaman adalah rendah. Selain daripada bantuan kewangan, kita juga perlu rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk berjaya,” katanya.

Pengusaha perkhimatan lori muatan barang S. Kannathasan, 48, daripada Kuala Krau, Pahang, pula berkata TEKUN Nasional telah merealisasikan impiannya untuk memiliki perniagaan sendiri dan mengubah kehidupannya.


Kannathasan memulakan perniagaan perkhidmatan lori muatan satu tan hasil daripada bantuan pinjaman sebanyak RM7,000.

Setelah melangsaikan pinjaman pertama, beliau membuat pinjaman kedua sebanyak RM15,000 dan membeli sebuah lagi lori dan kali ini lebih besar iaitu berat muatan tiga tan.

“Bagus (bantuan pinjaman SPUMI) kerana boleh bantu usahawan kecil seperti saya.

“Kini saya mempunyai 17 pembantu untuk kerja sampingan meracun rumput dan membaja pokok kelapa sawit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi TEKUN Nasional Datuk Baharom Embi berkata penyaluran dana SPUMI kepada usahawan bermula pada 2008.

Ia merupakan projek di bawah program khas Pembasmian Kemiskinan Rancangan Malaysia Ke-9, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang diselaraskan oleh Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC).

Menurutnya, pengeluaran pembiayaan TEKUN Nasional dari 1998 sehingga akhir Januari lepas adalah berjumlah RM5 billion kepada 402,842 usahawan, manakala pengeluaran pembiayaan SPUMI bagi tempoh 2008 sehingga bulan lepas kepada 20,003 usahawan India adalah berjumlah RM267 juta. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori