Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Comel.. Budak Menangis...

GELAGAT seorang budak lelaki comel yang menangis kerana kehilangan 'sahabat' kesayangan iaitu seekor ikan...

AS Tiada Hak Ganggu...

PENULIS bertanya: Mengapakah akhbar-akhbar Amerika Syarikat (AS) terus menerbitkan artikel fitnah terhadap Perdana Menteri,...

TM Jual Saham Menara...

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang...

Eropah Catat Lebih Sejuta...

SWEDEN - Pusat Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) mengesahkan bahawa benua itu kini mencatatkan...

Tengku Abdullah Gesa Rakyat Prihatin Jaga Harta Awam

ROMPIN – Kerosakan kemudahan awam di beberapa kawasan rekreasi terkenal dan kawasan pelancongan di negeri ini berpunca daripada sikap pengunjung serta penduduk di kawasan itu sendiri yang kurang kesedaran untuk menjaganya.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah sikap itu perlu diubah untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku pada masa depan sekali gus akan mengurangkan minat pengunjung atau pelancong untuk ke kawasan terlibat.

“Jangan hanya harapkan agensi berkaitan saja yang jaga…sikap kurang prihatin untuk menjaga kemudahan yang dibina oleh kerajaan perlu diubah, masyarakat setempatlah yang perlu bersama-sama menjaganya.

“Kalau tak diubah, maka lebih banyak kerosakan dan kerugian akan berlaku. Buatlah gotong-royong dan kempen kesedaran secara berterusan…jangan hanya bermusim,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) peringkat daerah Rompin di Kampung Rantau Panjang, di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.


Sementara itu, baginda bertitah program menaman 1,000 pokok kelapa pandan di seluruh daerah ini perlu diperluaskan ke kawasan lain.

“Saya gembira kerana usaha memelihara alam sekitar terus dilakukan di peringkat kampung…rakyat bersama-sama jaga kelebihan semula jadi yang sedia ada di kawasan masing-masing.

“Saya berharap wakil rakyat dan pemimpin setempat terus beri perhatian terhadap usaha yang dilakukan ini, sekali gus menyokong kelangsungan terhadap sektor pelancongan seterusnya dapat memajukan ekonomi hiliran diusahakan penduduk setempat,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori