Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mejar Patricia Kongsi 4...

SANDAKAN - Ikon Negaraku, juruterbang wanita pesawat MIG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),...

Pesawat Lion Air Didapati...

JAKARTA - Laporan awal siasatan nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pada...

Mendiang Ibu Sedang Siram...

TERKEJUT…seorang wanita terkejut apabila melihat ibunya yang telah meninggal dunia 18 bulan lalu...

‘Bodyguard’ Menyamar Polis, Tayang...

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi ditahan kerana disyaki menyamar sebagai polis dan mengugut...

Terlalu Mesra, Peminat Suruh #Zulofa Nikah!

PENGARAH Micheal Ang meneruskan sentuhan ‘magisnya’ dalam drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang menggandingkan Neelofa dan Zul Ariffin.

Drama yang kini sedang menjalani penggambaran di Rome,Itali itu telah mendapat publisiti meluas meskipun belum ditayangkan.

Itulah kuasa media sosial dalam penyebaran berita, namun bukan semuanya diterima positif.

Micheal telah berkongsi beberapa gambar adegan mesra Neelofa bersama Zul ke dalam Instagram miliknya dan secara serta-merta mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Akibat ‘on-screen chemistry‘ keduanya yang dilihat amat kuat, ramai yang terkedu kerana aksi kedua-dua pelakon ini tampak seperti pasangan suami isteri sebenar!

Oleh itu, rata-rata tidak sabar menonton gandingan kedua-dua pelakon itu malah ramai mendoakan agar mereka bertemu jodoh.

Ti Amor Sweetheart 100 Hari diadapatasikan daripada sebuah novel tulisan Suri Ryana.

Gandingan sulung Zul dan Neelofa ini menerujakan para peminat sehingga terciptalah tanda pagar baru gabungan nama mereka iaitu #zulofa.


Namun, kemesraan ‘melampau’ mereka ini turut mendatangkan ketidaksenangan hati segelintir peminat.

Baca: Demi Jayakan Watak, Netizen Terkejut Lofa ‘Peluk’ Zul

Ada yang tidak bersetuju dengan cara Zul dan Neelofa bergambar yang dianggap tidak bersesuaian sebagai wanita bertudung yang bergelar Hajjah sehinggakan ramai yang memohon agar mereka berdua segera bernikah!

Bagaimanapun, ada juga netizen yang menyokong penuh aksi gedik santai Neelofa bersama-sama pelakon lelaki bukan muhrimnya itu dengan mengatakan ‘haters’ sebenarnya iri hati dengan kemesraan Zul dengan pengacara Meletop itu.

Tetapi jika dilihat kembali, Zul memang mempunyai ‘sejarah’ memuat naik gambar mesra bersama pelakon wanita gandingannya ke dalam media sosial, seperti Ayda Jebat dan Farah Nabilah.

Namun selepas tamat tempoh tayangan drama bersiri tersebut, Zul akan memadamkan gambar-gambar mesranya itu dan mula fokus kepada projek lain pula.

Hmm, kita lihat sajalah penangan Ti Anor Swertheart 100 Hari ini nanti, adakah akan mencetuskan fenomena yang sama seperti Suri Hati Mr. Pilot dan Hero Seorang Cinderella? Tak sabar pula kami! – MYNEWSHUB.CC

Kategori