Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Landa...

SATU gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Prince...

KKM Cadang Rentas Negeri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas negeri untuk...

Marsha Akui Suami Tak...

SEJAK mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat Marsha Milan Londoh muncul dalam...

8 Peratus Populasi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi Malaysia sudah...

Ternakan Ayam Pedaging Manfaat Peserta E-Kasih

KUALA NERUS – Seramai 1,066 peserta e-Kasih di negeri ini mendapat manfaat daripada Projek Penternakan Ayam Pedaging yang dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sejak 2010.

Menerusi projek yang dilaksanakan secara sistem tertutup itu, golongan asnaf peserta e-Kasih akan memperoleh pendapatan hasil daripada sewaan reban ayam tertutup yang dilaksanakan JPV kepada pengusaha ternakan ayam tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata sejak dilaksanakan, sebanyak RM608,760 pendapatan daripada projek tersebut telah diagihkan kepada peserta berkenaan.

“Melalui projek ini, JPV akan menyewakan reban kepada pengusaha ayam tempatan, kemudian hasil pendapatan itu diagihkan kepada peserta e-Kasih. Ini bermakna peserta yang terpilih dalam projek ini akan menerima dua pendapatan dalam satu masa iaitu daripada pekerjaan tetap mereka dan projek ini,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pendapatan Projek Ayam Pedaging Secara Tertutup sempena Ekspo Terengganu 2018, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Veterinar Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali.

Pada majlis itu sebanyak RM40,000 diagihkan kepada 80 peserta terlibat.

Muhammad Pehimi berkata projek itu dilaksanakan di empat lokasi melibatkan tiga daerah iaitu Bukit Nenasi di Kuala Nerus, Baruh Masin di Besut dan Telaga Papan serta Bukit Lawang di Setiu.

Seorang peserta, Mohd Zamil Wan Kadir, 50, dari Kampung Air Tawar, Besut berkata program tersebut sedikit sebanyak membantu memberi pendapatan sampingan kepadanya yang bekerja sebagai penjaja ikan.


“Pendapatan saya tidak banyak, bila terpilih menyertai program ini memang saya bersyukur sangat sebab di samping berniaga ikan, saya mendapat pendapatan sampingan melalui projek ini,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Bagi ibu tunggal, Shamsuri Mohamad, 39 dari Kerandang, Besut pula berkata pendapatan daripada projek tersebut digunakannya untuk menyara enam daripada 12 anaknya yang masih bersekolah.

“Selepas suami saya meninggal dunia tahun lepas, saya hanya bekerja menoreh di ladang getah milik orang, pendapatan memang tak menentu…kalau hari hujan, memang tak dapat nak menoreh langsung.

“Bila dapat sumbangan ni memang membantu saya sekeluarga, anak-anak saya pun masih kecil, yang sulung berusia 22 tahun manakala yang paling kecil berusia 9 bulan,” katanya yang turut mendapat bantuan RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

Kategori