Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN Belum Putuskan Calon...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) malam ini belum memutuskan calonnya yang akan...

Penyakit FMD: Penternak Dilarang...

JOHOR BAHARU - Penternak di negeri ini diminta menghentikan segala pergerakan ternakan memasuki...

PAS ‘Miskin’ Tak Mampu...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengingatkan PAS bahawa parti itu tidak mempunyai kemampuan...

Menteri Minta Siasatan Terperinci...

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris...

Terpaksa Kerja Jauh, Lan Takut Isteri Bersalin Awal

BULAN ini bagaikan musim bagi selebriti wanita untuk melahirkan cahaya mata dan isteri kepada penyanyi bekas kumpulan Kristal, Lan Solo turut bakal bersalin tidak lama lagi.

Namun, disebabkan atas sebab kerja, Lan kini berada di Jakarta, Indonesia dan terpaksa meninggalkan isteri tersayang, Sheila Razlan yang kini sedang sarat mengandung anak keempat.

Disebabkan khuatir jika isterinya bersalin awal, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, telah mempersiapkan segala kelengkapan yang diperlukan andai kata masanya sudah tiba.

“Memandangkan persetujuan untuk menjalani penggambaran program ini sudah lama dilakukan, saya perlu juga melaksanakan tugasan terbabit.

“Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, saya sudah menyiapkan beg isteri dan minyak kereta, selain mengisi kad Touch ‘n Go. Isteri kini tinggal di rumah ibunya,” katanya dipetik daripada BH Online.

Tambahan pula, Lan memberitahu bahawa sebelum dia bertolak pada Ahad lalu, dia sempat mengusap perut isterinya dan berbual sebentar bersama anak di dalam kandungan itu serta berharap agar bayi mereka dapat ‘bertahan’ sehinga dia pulang ke Malaysia pada malam esok.

Hasil perkahwinan pada Disember 2009 yang lalu, Lan dan Sheila telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Sebelum ini, Sheila pernah mengalami masalah air ketuban bocor sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital sekitar Disember tahun lalu.

Malah, ketika pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa kandungannya ketika itu sihat tetapi berkemungkinan bayi itu akan mengalami Cleft Lip atau sumbing.


Bagaimanapun, itu tidak membuatkan kedua-dua pasangan itu patah semangat kerana bagi mereka, yang paling penting ialah bayi itu berada dalam keadaan sihat.

Doktor turut menyarankaan supaya Sheila sentiasa mengawal pergerakannya agar dia dapat bersalin pada waktu yang sepatutnya iaitu ketika usia kandungannya mencecah 40 minggu.

“Sementara nak tunggu bersalin, isteri memang perlu mengurangkan pergerakannya. Hendak melangkah naik dan turun kereta pun hanya sekali sehari. Dia juga tidak dibenarkan menaiki tangga.

“Sebagai suami, saya perlu mengingatkannya untuk makan ubat setiap hari dan mengawal pergerakannya. Biasalah, ada masanya dia terlupa. Walaupun berada di Jakarta, saya tetap memantau dari jauh,” tambahnya yang kini sedang berada di Jakarta, Indonesia bagi menjalani penggambaran bagi program Projek Theme Park siaran Astro Ria.

Kini, Lan juga sedang menyiapkan single baharu yang merupakan ciptaannya sendiri bertajuk Berpisah Tanpa Rela.

Dengan adanya lagu tersebut, itu menjadikan ianya sebagai lagu pertama nyanyian Lan selepas dia keluar daripada kumpulan Kristal, sejak dia memasuki program Gegar Vaganza 4 dan seterusnya membuatkan dia memenangi tempat ketiga dalam program tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori