Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

20 Buah Rumah Di...

PETALING JAYA: Kira-kira 20 buah rumah terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Kubu...

Banjir Di Pitas: 2...

KOTA KINABALU - Dua sekolah rendah di Pitas, kira-kira 180 kilometer dari sini,...

PM Pengerusi Mesyuarat Kabinet...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini mempengerusikan mesyuarat...

Emmerson Mnangagwa Angkat Sumpah...

HARARE - Bekas Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe...

Tertekan Dengan Permintaan 3 Isteri, Suami Bunuh Diri

BAHANA kahwin tiga, seorang lelaki akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah dikatakan tertekan dengan permintaan isteri-isterinya.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mahyudin, 36, ditemui tergantung di rumahnya di Ciledug, Tangerang, dekat Jakarta, Indonesia.

Ketua Polis Ciledug, Supiyanto, berkata mayat Mahyudin ditemui tergantung bersama kain tudung di loteng rumah oleh salah seorang daripada tiga isterinya, Sukiyati yang tinggal bersama.

Sebelum kejadian, Sukiyati dan madunya, Lastrini mengatakan Mahyudin sempat meminum kopi di luar rumah namun kelihatan gelisah, termasuk berjalan kehulu-kehilir dalam keadaan kusut.

“Dua isteri mangsa yang berbual-bual sambil minum di depan rumah, nampak Mahyudin yang gelisah mundar-mandir di tepi jalan.

“Muhyudin kemudian berjalan masuk ke dalam rumah dan isterinya curiga apabila mangsa tidak menyahut apabila dipanggil.


“Apabila isterinya masuk, wanita itu terkejut sebaik sahaja menemui mangsa tergantung di loteng rumah,” katanya memetik Tribun News.

Tambah Supiyanto, keadaan tubuh Mahyudin juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cedera atau kesan pukul ketika polis memeriksa mayatnya.

Sementara itu, ketiga-tiga isteri mangsa turut mengaku Mahyudin mungkin tertekan untuk memenuhi permintaan mereka, namun tidak menyatakan apa permintaan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori