Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anwar Ibrahim Menang, Bakal...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada landasan terbaik untuk mengambil...

Lindsay Lohan Bercinta Dengan...

DRAMA percintaan Lindsay Lohan terus berlanjutan. Selepas putus dengan ahli perniagaan Rusia, Egor Tarabasov,...

Wartawan Malaysiakini Cabut Lari,...

KUCHING - Khabarnya seorang wartawan sensasi portal propembangkang terkenal, Malaysiakini menyiarkan laporan yang bukan...

Kerajaan Terus Sokong Inisiatif...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan terus menyokong inisiatif wanita dalam mencapai aspirasinya dan memastikan...

TH Lulus 19 Syarikat PJH Tawar Pakej Haji Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1439H/2018M.

Mereka yang telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji disarankan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan hanya oleh PJH.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan.

“Ia boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” kata TH dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, TH meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.


Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh diperoleh dari mana-mana Cawangan TH atau melayari laman sesawang TH di http://www.tabunghaji.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji talian 03-6207 1919. – BERNAMA

Kategori