Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Dakwa 8...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat beberapa...

Beberapa Jam Umum Menang,...

TRENTON - Kanada melalui detik muram semalam apabila korban akibat COVID-19 melebihi 3,000...

PRN: Pembangkang Dijangka Guna...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) menjangkakan pembangkang akan menggunakan strategi terakhir yang boleh...

Satelit Pertama Angola Dijangka...

LUANDA - Satelit negara pertama Angola dikenali Angosat1, dijangka memasuki ruang angkasa lepas...

“Tiada Hati Perut Punya Manusia”

HANYA kerana hal kecil, seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas dia dibelasah teruk oleh seorang wanita.

Lapor NextShark, mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dibelasah bertubi-tubi dalam kejadian di sebuah pasar makanan laut di Sanya, Wilayah Hainan, Guangdong,  China.

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku apabila mangsa secara tidak sengaja membasahkan sandal wanita berkenaan yang berdiri tidak jauh darinya.

Menyedari kesilapannya itu, mangsa segera memohon maaf dan berkata dia tidak menyedari wanita itu berdiri berhampiran.

Malangnya permohonan maaf mangsa tidak diendahkan dan wanita itu terus menyerang dan membelasah mangsa terutamanya di bahagian kepala sambil menjerit: “Kau tak akan mampu bayar kerana sandal aku ini harganya mahal!”

Selepas kejadian itu, rakaman video yang memaparkan wanita terbabit telah ditahan dan diiring keluar oleh dua anggota polis tersebar di media sosial.


Kejadian itu nyata mengundang kemarahan netizen dan rata-ratanya ‘menyumpah’ sekeras-kerasnya perbuatan wanita itu.

Ada segelitir juga turut berasa sangsi dengan dakwaan wanita terbabit kononnya sandal yang dipakai berharga mahal.

Sementara itu, semakan pada video viral di saat ke 00.13 hingga 00.16 menunjukkan wanita terbabit hanya memakai sandal biasa, bukannya sandal mahal seperti yang didakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori