Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Kematian Baru Akibat...

BEIJING - China hari ini mencatat sejarah apabila tiada kematian baharu akibat COVID-19...

Projek Tambak Laut P.Pinang...

KUCHING - Masih terlalu awal bagi mana-mana pihak untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai...

Presiden PAS Dedah Dalam...

PAS tidak boleh bersama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada...

WOW!! Adakah Ini Kucing...

SEEKOR kucing bernama Omar kini menjadi popular di Internet gara-gara tuah saiz tubuh...

Tiada Lesen Memandu Kesalahan Paling Tinggi

KUALA LUMPUR – Tiada lesen memandu merupakan kesalahan utama dilakukan pengguna jalan raya yang dikesan sepanjang Ops Tahun baharu Cina 2018, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Beliau berkata, sejak operasi itu dijalankan 9 Feb lepas, sebanyak 334 kes melibatkan kesalahan itu telah dicatatkan sehingga hari ini.

Katanya, kebanyakan pemandu yang tidak memiliki lesen itu disebabkan sikap mereka yang enggan mendapatkan lesen tersebut.

“Sikap enggan mengambil lesen memandu yang sah ini membimbangkan kerana kebiasaannya individu yang terlibat kemalangan tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina 2018 di Plaza Tol Batu di sini, malam ini.

Dalam operasi itu, beliau berkata sebanyak 1,065 motosikal diperiksa dengan 197 tindakan diambil terhadap penunggang motosikal.


“Antara kesalahan dilakukan ialah tiada lesen memandu, dan tiada cermin sisi,” katanya.

Operasi bersepadu selama empat jam bermula 8.30 malam itu disertai 93 pegawai dan anggota daripada JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia. – BERNAMA

Kategori