Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hasan Puji Inisiatif Nestle...

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan...

Wanita Lahir 10 Bayi...

CAPE TOWN - Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa melahirkan 10 bayi kembar...

Pihak Berkuasa New Zealand...

BANGKAI enam ekor anjing laut yang dipenggal kepala ditemukan di sebuah pantai popular...

Keluarga Mohon Bawa Pulang...

KUCHING - Ibu kepada enam anak, Zunita Sedini merayu bantuan kerajaan untuk membawa...

Tidak Tolak Unsur Khianat Kenderaan JPJ Dibakar

MANJUNG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak tidak menolak kemungkinan tiga kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta awam yang musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Jambatan Timbang JPJ dekat Kuala Kangsar hari ini mempunyai unsur khianat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Perak, Mohamad Yunus Abu berkata pihaknya menemukan satu lubang di pagar berhampiran kawasan tempat letak kenderaan itu yang dipercayai dipotong.

“Kemungkinan (perbuatan khianat) itu ada tetapi bomba dan polis akan bekerjasama melakukan siasatan secara menyeluruh.

“Sekiranya wujud elemen perbuatan khianat, bomba akan serahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan pakaian operasi pasukan bomba sukarela Pasir Panjang Laut di sini, hari ini.

Mohamad Yunus berkata Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dari Klang, Selangor turut digunakan untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.36 pagi tadi, dua kenderaan JPJ jenis Toyota Fortuner dan satu lagi jenis Ford Ranger musnah 90 peratus manakala dua kereta jenis Volvo terbakar 70 peratus.

Baca: 3 Kenderaan JPJ Musnah Dibakar Di Kuala Kangsar

 

Dua jentera membabitkan 12 anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran dan operasi tamat kira-kira 3.46 pagi, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Mohamad Yunus berkata Perak mempunyai 43 pasukan bomba sukarela yang ditubuhkan untuk membantu pasukan penyelamat itu memberi bantuan awal sekiranya berlaku bencana.

“Kita lihat orang ramai mula sedar pentingnya mengawal kebakaran lebih awal. Kita galakkan lebih ramai orang menyertai bomba sukarela bagi memudahkan pantauan dan kawal selia pihak bomba,” katanya.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner, Ahmad Termizi Abd Haq, turut percaya insiden berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung tindakan penguatkuasaan jabatan tersebut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham membabitkan beberapa individu yang dikenakan tindakan oleh anggota JPJ sebelum ini.

Katanya, perselisihan faham itu menjadi petunjuk utama siasatan selepas siasatan di lokasi kejadian menemui pagar yang dipotong dipercayai dilakukan lebih daripada seorang individu.

“Polis percaya kebakaran ini bukan kebakaran biasa dan ia dipercayai angkara khianat selepas kami menemui kesan pagar dipotong di bahagian tepi kawasan pejabat.

“Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan perselisihan faham sebelum ini menjadi petunjuk utama siasatan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Ahmad Termizi berkata, kawasan pejabat JPJ itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman CCTV akan diambil polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, terdapat seorang pengawal berada di balai pengawal yang terletak di pintu pagar utama jabatan itu ketika kejadian manakala lokasi berlaku kejadian adalah di bahagian tepi sebelah kiri. – BERNAMA

Kategori