Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Vui Keong Masih Tak...

SANDAKAN - "Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi," kata Naib Presiden Parti...

Operasi Berterusan Berkas PATI...

GUA MUSANG - Kelibat pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya warga Bangladesh, Indonesia...

KPM Kagum Pematuhan SOP...

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kagum dengan pematuhan prosedur operasi...

Caj Bank RM2 Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata, dulu Pakatan Harapan (PH) lantang...

Tingkat Kefasihan Pelajar Tamil Kuasai Bahasa Melayu

GENTING HIGHLANDS – Guru di seluruh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) digesa membantu meningkatkan kefasihan dan penguasaan pelajar Tamil dalam Bahasa Melayu pada tahap optimum.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata langkah itu bagi menjadikan pelajar Tamil lebih bersedia dari segi minda dengan perubahan budaya apabila mereka memasuki pembelajaran di alam sekolah menengah.

“Sekolah menengah kebangsaan cabarannya adalah kerana mempunyai budaya yang berbeza dari segi ‘multicultural’ (multi budaya) yang menuntut pelajar itu bercampur dengan kaum lain.

“Jadi, bagi menangani masalah ini, mereka perlu fasih dan menguasai Bahasa Melayu… sekiranya tidak masalah kurang keyakinan, mengasingkan diri dan tidak bercampur dengan orang lain akan timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengurusan Guru Besar SJKT peringkat kebangsaan 2018 di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kalamanathan.

Terdapat kira-kira 90,000 pelajar Tamil dari 524 sekolah jenis SJKT di seluruh negara.


Selain itu, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan mahu penglibatan ibu bapa seiring dengan kemajuan pendidikan di sekolah bagi meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah.

Katanya, meskipun sudah ada kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) namun jika tiada penglibatan secara langsung daripada ibu bapa, kejayaan pendidikan tidak akan berhasil.

Simposium yang julung kali diadakan itu melibatkan 570 pegawai pendidikan, 523 guru besar SJKT dan 47 pegawai pendidikan sekolah Tamil dari seluruh negara.

Simposium tiga hari itu antara lain bertujuan memperkasakan guru besar SJKT mengenai pengurusan sistem persekolahan, pengurusan kewangan sekolah dan sistem pengurusan pelajar yang efisien. – BERNAMA

Kategori