Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

UMNO Sedia Pertimbang Rayuan...

PUTRAJAYA : UMNO sedia mempertimbangkan rayuan pemimpin dan ahlinya yang digantung, baru-baru ini...

Akaun Twitter Lelaki Paling...

LELAKI ini, Martin Shkreli dinobatkan sebagai individu paling dibenci dalam media sosial. Dia yang...

Trump-Jong Un Bakal Temu...

RASMI... Sidang kemuncak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara,...

Terbaik! Respon Maggi Berkenaan...

SEBUT sahaja Maggi, kami yakin anda pasti mengenali makanan yang sudah menjadi 'otai'...

Tingkat Produktiviti, Lestari Projek Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dalam usaha meningkatkan produktiviti industri pembinaan dan memastikan kelestarian projek pembinaan dalam wilayah berkenaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata memorandum itu bagi memastikan komitmen IRDA dalam menerapkan penggunaan Sistem Industri Bangunan (IBS) dan Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam projeknya serta memastikan pematuhan piawaian ditetapkan.

“MoU ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap pemaju projek pembinaan di negara ini menggunakan teknologi IBS menjelang tahun 2020.

“Penggunaan IBS ini mampu meningkatkan produktiviti dan selari dengan matlamat dalam penggunaan teknologi hijau,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangi memorandum berkenaan di sini hari ini.

CIDB diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid manakala IRDA diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Ismail Ibrahim.

Fadillah berkata kementeriannya akan terus menjalin kerjasama dengan lebih banyak pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi tempatan dalam usaha meningkatkan penggunaan IBS dan BIM.

Setakat ini, kerjasama serupa IRDA itu sudah dijalinkan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata projek pembinaan Fasa 2 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, dijangka siap September depan.


“Projek pembinaan tersebut kini berada pada tahap 86 peratus mengikut jadual yang ditetapkan.

“Laluan itu (enam lorong) masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya, ia akan diturap dan ditampal dengan sempurna sebelum siap secara rasminya.

“Orang ingat sudah siap, tapi sebenarnya belum siap sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati para pengguna laluan berkenaan supaya berhati-hati kerana ketika ini laluan itu dibuka bagi mengurangkan kesesakan trafik. – BERNAMA

Kategori