Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

24 Pusat Pemasangan RFID...

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di...

40 Orang Asli Sambung...

SEPANG - Empat puluh pelajar Orang Asli berjaya mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan...

Amir Raja Lawak Resah...

Rupa-rupanya selain daripada Neelofa, ada beberapa artis lain yang turut dilanda kerungsingan apabila...

2 Lelaki Kanada Amal...

MONTREAL - Dua lelaki didapati bersalah atas tuduhan berpoligami, keputusan pertama membabitkan undang-undang...

Tips Kesihatan Coach Yin Diselar Pakar Jantung

NAMA Coach Yin yang juga merupakan seorang jurulatih kecergasan mula dikenali ramai selepas dilihat sering muncul di samping pengasas kosmetik, Nur Sajat.

Memetik laporan OH BULAN, jurulatih ini bukan sahaja menjual makanan tambahan bagi mempercepatkan tumbesaran otot malah dia gemar berkongsi tips-tips kesihatan kepada orang ramai khususnya kaki gym.

Pun begitu, baru-baru ini salah satu daripada perkongsian tips Coach Yin menarik perhatian ramai menerusi laman sosial termasuk seorang doktor pakar jantung.

Menerusi entri berkenaan, Coach Yin dilihat mengingatkan para pengikutnya untuk berehat lebih kurang 3 jam selepas selesai melakukan workout.

Ia bagi elak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. seperti mana dakwanya terdapat manusia meninggal dunia dalam tidur kerana sakit jantung berikutan tidak mendapat rehat yang cukup selepas bersenam.

Ironi, tips itu diselar seorang doktor pakar jantung, Dr. Beni Rusani yang memaklumkan semua manusia boleh sahaja bersenam di waktu malam dan terus tidur tanpa perlu berehat seperti mana disaran oleh jurulatih itu.

Malah, doktor tersebut sempat berseloroh dengan memberi nasihat bahawa meskipun boleh berbuat demikian namun seseorang itu dinasihatkan untuk mandi terlebih dahulu untuk menyegarkan tubuh badan sendiri.

Hal ini juga bagi mengelakkan kemarahan pasangan masing-masing berikutan bau yang kurang enak ketika berada di atas katil untuk tidur!


Pada masa sama, perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang ada antara mereka beranggapan Couch Yin sengaja memuat naik pos berkenaan sebagai strategi pemasaran.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang tampil meluahkan pernah menonton video pakar yang mengatakan senaman berat waktu malam boleh menyukarkan untuk tidur.

Perkara berkaitan diakui oleh Dr. Beni sendiri, namun beliau tetap menolak tidur selepas bersenam boleh membawa maut. Apa pula pandangan doktor pakar yang lain ya? – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Dr Beni Rusani

Kategori