Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Coronavirus Ragut 722 Nyawa,...

BEIJING - Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 722...

Nik Omar Tak Berpengaruh...

KOTA BHARU - Pencalonan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham...

Malaysia Hantar Pulang 150...

BUTTERWORTH - Malaysia berjaya menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3,373...

Harga Petrol Naik 6...

KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 6 sen mulai tengah malam ini,...

Tipu: Warga Emas Dihukum Penjara 24 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM2 juta selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menipu urusan pembelian saham Koperasi Pelaburan Pekerja Proton Berhad (KOPRO) berjumlah RM350,000, 11 tahun lepas.

Ismail Basir, 67, yang kelihatan tidak terurus dan tidak sihat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Dia dijatuhi hukuman penjara berjumlah 24 bulan iaitu 12 bulan dan denda maksimum RM1 juta atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan bekas pengawal keselamatan hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu serentak bermula 16 Jan 2018.

Hakim Azman menasihatkan Ismail agar tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja menyusahkan dirinya tetapi juga menyebabkan kegusaran banyak pihak yang lain.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Ismail didakwa membabitkan diri dalam satu perbuatan yang beroperasi sebagai penipuan KOPRO berhubung pembelian saham Proton Holdings Berhad sehingga menyebabkan KOPRO menyerahkan wang berjumlah RM350,000 melalui tiga cek Affin Islamic Bank Berhad untuk tujuan pembelian saham berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di KOPRO, kawasan Perindustrian HICOM Batu 3, Shah Alam, antara 7 Ogos 2007 dan 21 Nov 2008 mengikut Seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 182 akta sama serta Seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

Kedua-dua akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda yang boleh sampai RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Zul’Aida Zulkifli memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan peningkatan kes-kes penipuan melibatkan urusan pembelian saham boleh memberi kesan terhadap integriti pasaran modal.

“Tertuduh tidak bekerja dengan institusi kewangan tetapi tindakannya yang menyamar sebagai individu daripada sektor kewangan telah menipu KOPRO dengan memberi nota dan kontrak palsu berhubung pembelian saham Proton,” katanya.


Ismail yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi serta telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Mengikut fakta kes, Ismail tidak pernah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bergiat dalam aktiviti berkaitan pasaran modal, bagaimanapun pada 2 Ogos 2007 dia berjaya mempengaruhi KOPRO menerusi satu taklimat sehingga lembaga pengarah KOPRO telah meluluskan resolusi bagi beberapa perkara antaranya membuka satu akaun perdagangan saham di PM Securities dan melantiknya sebagai remisier.

Sehubungan itu KOPRO telah menyerahkan tiga cek berjumlah RM350,000 antara 7 Ogos 2007 dan 28 Nov 2008 kepada Ismail untuk tujuan pelaburan dalam saham-saham proton dan kesemua cek itu diakui penerimaannya oleh tertuduh di pejabat KOPRO.

Selepas menerima cek-cek tersebut tertuduh tidak mendepositkannya ke dalam akaun perdagangan KOPRO, sebaliknya beliau telah mendepositkan semua cek berkenaan ke dalam akaun perdagangan Xavier Amin anak Ubong iaitu adik ipar Ismail di PM Securities.

Tertuduh juga mempunyai kawalan penuh ke atas akaun perdagangan Xavier di PM Securities dan akaun bank Xavier di Hong Leong Berhad.

Tertuduh telah menggunakan wang yang diterima daripada KOPRO untuk membeli saham-saham dan jumlah selebihnya dipindahkan ke akaun bank Xavier dan antara saham yang telah dibelinya ialah saham-saham Proton Holdings Berhad. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori