Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Johari Temui Dewan Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menemui Dewan...

Gantung Baju Sejuk Di...

SEKUMPULAN kanak-kanak di Kanada mengambil inisiatif menyebarkan kebaikan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Sempena...

KPJ.. Taja Artis Boleh,...

SEMPENA ulangtahun ke 10 Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Seremban, kumpulan perubatan terbesar itu...

Sukar Menyanyi, Aiman Tino...

BARU-BARU ini, pelantun lagu Ku Rela Dibenci iaitu Aiman Tino mengakui mengalami kesukaran...

‘Toleransi Sifar’ FAS Isu Rasuah, Atur Perlawanan

KUCHING – Persatuan Bola sepak Sarawak (FAS) berpegang kepada prinsip ‘toleransi sifar ’ terhadap isu rasuah dan tidak akan sekali-kali membenarkan gejala tidak sihat seperti mengatur perlawanan bertapak dalam arena bola sepak negeri.

Presidennya Datuk Posa Majais berkata tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan FAS menjadikan isu mengatur perlawanan baru-baru ini sebagai alasan atau jalan keluar daripada kegagalan pengurusan, atau bertujuan menganiaya para pemain adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata FAS hanya menyiasat berdasarkan beberapa laporan yang diterima, dan jika maklumat itu sahih, FAS tidak akan berdiam diri dan beliau selaku Presiden tidak akan membiarkan perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan umum.

“Kalau perlu saya bergerak berseorangan, saya akan terus memperjuangkannya. Saya di sini bukan untuk menjadi popular, sebenarnya saya sebenarnya bersedia untuk menjadi tidak popular,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

“Isu ini pasti tidak akan merencatkan usaha saya sebab saya tahu apa yang saya buat tiada kepentingan peribadi sebaliknya bola sepak kita pasti akan menjadi mangsa sekiranya saya ambil jalan mudah dengan melupakannya,” katanya.


Pagi tadi, Mahkamah Majistret Kuching membebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki yang dipercayai ‘bookie’ , yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.

Mereka direman sejak 15 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai terlibat dengan perbuatan mengatur perlawanan antara Sarawak menentang Felcra FC pada 10 Feb lepas, yang menyaksikan Sarawak tumpas 2-3, walaupun pada separuh masa pertama ia sudah mendahului dengan jaringan 2-0. – BERNAMA

Kategori