Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Merdeka Award 2017: Shahar...

KUALA LUMPUR - Impiannya untuk angkat martabat orang Asal kini menjadi kenyataan apabila...

Perkhidmatan Bas Henti-Henti Di...

KANGAR - Perkhidmatan bas henti-henti yang sekian lama dinanti oleh rakyat Perlis mula...

Chong Wei Yakin Mampu...

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan prestasi pemain muda negara, jaguh perseorangan Datuk...

PH Bersembunyi Di Sebalik...

Apakah rahsia disebalik langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan logonya sendiri pada Pilihan...

Tosh Chan Gentar Lakon Watak Chong Wei

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada bakat baharu, Tosh Chan yang membawa watak utama dalam filem biografi kisah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Tosh Chan yang menjadi teraju utama dalam filem Lee Chong Wei, Menjulang Kejuaraan, tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

Namun, bentuk fizikal dan raut wajah pemuda dari Johor Bharu yang mirip Chong Wei itu nyata memberikan kelebihan buat dirinya dipilih untuk melakonkan karakter wira sukan negara itu ketika remaja.

“Saya memang tidak mempunyai pengalaman berlakon. Apa yang saya miliki cuma minat dalam bidang berkenaan. Atas alasan itu jugalah saya memberanikan diri untuk ke sesi uji bakat filem ini.

“Saya memang tidak menyangka tuah menyebelahi diri apabila pihak produksi, CB Pictures Sdn. Bhd., berminat menawarkan watak utama kepada saya,” katanya portal BH Online.

Namun, cabaran getir juga perlu dihadapi olehnya ketika penggambaran filem tersebut bermula, sehingga diserang demam kerana terlalu gementar pada awalnya.

Tosh juga mengakui oleh kerana tidak mempunyai pengalaman sebagai pelakon sebelum ini, setiap babak yang dilakonkan sangat mencabar sehingga adakalanya dia sendiri hilang tumpuan.

“Pengarah (Teng Bee) juga pada awalnya memang kecewa dengan prestasi saya. Namun, dia tidak mahu saya cepat berputus asa. Jadi, saya kena mencabar diri untuk memberikan yang terbaik,” kongsinya.

Walaubagaimanapun, jelas Tosh, bagi tidak mensia-siakan harapan produksi, dia tetap menguatkan semangatnya serta berusaha lebih keras untuk menjiwai watak ikon sukan negara daripada Pulau Pinang itu.

Dia juga melakukan lebih banyak kajian dan bertemu sendiri dengan ibu Chong Wei bagi mendapatkan maklumat dan mengenali Chong Wei dengan lebih dekat.


“Saya ada membuat kajian sendiri dalam usaha mendapat maklumat mengenai Chong Wei, termasuklah dengan bertanya pada ibunya.

Saya dan ibu jaguh sukan itu ada bertemu dalam sebuah majlis. Kesempatan itu saya gunakan sebaik mungkin untuk mengorek perihal Chong Wei,” katanya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, penerbit, Josiah Cheng turut mengakui usaha pencarian pelakon yang boleh membawa watak Chong Wei bukanlah sesuatu yang mudah sehingga mengambil tindakan mengurung 30 pelakon yang telah disenarai pendek di dalam sebuah rumah selama dua minggu.

Josiah turut menambah bahawa paparan skrin wajah Tosh Chan dihantar kepada Chong Wei sebelum memulakan penggambaran dan mendapat restu pemenang pingat perak tiga kali Olimpik itu.

Dalam pada itu, peminat sukan badminton negara berpeluang menjadi orang pertama menonton versi tambahan filem itu berdurasi 133 minit pada tayangan istimewa di Stadium Nasional, Bukit Jalil 9 Mac depan.

Turut membintangi filem ini bersama Tosh Chan adalah pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Mark Lee, Yeo Yann Yann dan Jake Eng. Dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Mac akan datang. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori