Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Tiba Di...

BEIJING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

JDT Terima Anugerah Khas...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima Anugerah Khas 100PLUS 2015...

Yasin Mula Rawatan Bipolar...

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, sudah mendapatkan rawatan...

Asyraf Kongsi Wajah Comel...

KUALA LUMPUR - Kehadiran ahli baharu dalam keluarga penyanyi nombor satu negara, Datuk...

TPM Hadir Majlis Kesyukuran, Tahlil UMNO Masjid Tanah

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa kesyukuran UMNO Bahagian Masjid Tanah di Masjid Salmah Khamis di sini, malam ini.

Ketibaan Ahmad Zahid pada jam 7.20 malam diiringi Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, bekas ketua menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan barisan exco kerajaan negeri.

Ahmad Zahid kemudian bersama kira-kira 300 jemaah menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Imam Makkah, Syeikh Mohammad Idris Al Mashrafe sebelum diteruskan dengan bacaan Yassin, tahlil dan solat Isyak.

Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti itu, kemudian menyertai hadirin menikmati hidangan kenduri serta beramah mesra dengan jemaah.


Masjid Salmah Khamis turut dikenali sebagai Masjid Terapung, diwakafkan Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis kepada Baitulmal Melaka pada 26 Mei tahun lepas. – BERNAMA

Kategori