Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayar RM71,000 Hanya Untuk...

TIDAK dapat disangkalkan lagi, ia adalah kerjaya impian ramai. Anda tidak perlu berbuat...

31,110 Pesalah Trafik Tegar...

JOHOR BAHRU - Kesemua 31,110 pesalah trafik termasuk warga Singapura yang mempunyai waran...

Bimbing Orang Awam Kaedah...

KUALA LUMPUR - Orang awam yang menjalankan ujian kendiri Covid-19 perlu dibimbing oleh...

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh...

Johor Bahru : Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dengan pergaduhan sehingga...

TPM Terima Kunjung Hormat 4 Ketua Perwakilan Baharu

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat empat ketua perwakilan Malaysia yang akan berkhidmat di empat buah negara.

Sesi kunjungan hormat berkenaan berlangsung selama setengah jam di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra di sini hari ini.

Empat ketua perwakilan Malaysia berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Mohamad Nizan Mohamad dan Chitra Devi V.Ramiah yang merupakan Duta Besar Malaysia ke Poland yang baharu.

Turut melakukan kunjungan hormat ke atas timbalan perdana menteri hari ini ialah Duta Besar Malaysia ke Myanmaru Zahairi Baharim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria, Gloria Corina Anak Peter Tiwet.

Mohamad Nizan sebelum ini merupakan Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat Demokratik Korea dari 2015 hingga 2017 sementara Chitra Devi berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste sejak 2016.


Zahairi merupakan Setiausaha Bahagian Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar, Kementerian Luar Negeri sejak 2016 manakala Gloria Corina merupakan Pengarah di pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar dari 2016.

Gloria Corina menjadi wanita kelahiran Sarawak dari etnik Dayak yang pertama memegang jawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. – BERNAMA

Kategori