Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 600,000 Kekosongan Kerja...

KUALA LUMPUR - Lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang tidak...

Lagi Kes Bunuh Diri,...

HEBOH dengan tindakan seorang wanita cuba membunuh diri di Jambatan Sultan Abdul Halim...

‘Alhamdulillah, Kerajaan Pusat Bantu...

Kerajaan Kelantan mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 untuk...

ADUN DAP Sengaja Cetuskan...

“ANDA dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang...

TPM Zahid Beri Bayangan PRU14 Sebelum Aidilfitri

TELUK INTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin diadakan sebelum Aidilfitri tahun ini.

“Kita ada tiga raya…raya Cina baru lepas…sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi ‘raya besar’,” katanya ketika berucap pada majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Agama Maahd Al-Islah di Sungai Manik di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan pengetua sekolah agama itu Agus Lokman Sulam.

Pada November lepas, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun ini.

Tarikh mandat kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang pentingnya meninggikan martabat agama Islam berbanding perkara lain termasuk politik.


“Atas nama agama, kita harus memberikan noktah dan meletakkan titik penamat kepada perbedaan minda, perbedaan pemikiran serta sikap kerana pendirian agama cukup tinggi berbanding perkara lain,” katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM680,000 bagi menambah baik infrastruktur di sekolah berkenaan.

Peruntukan itu membabitkan kerja-kerja menambah baik dewan sekolah berjumlah RM100,000, membina gelanggang futsal berbumbung sebanyak RM300,000 serta RM280,000 untuk pemasangan tangki air dan pili bomba. – BERNAMA

Kategori