Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

IM Asyraf Dedah Tak...

SIAPA tak kenal dengan dua figura Islamik ini, kredibiliti Imam Muda (IM) Asyraf...

Selesai Isu Kemelut Politik...

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani...

Annuar ‘Bertenang’ Daripada Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Calon bagi jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan...

Car Wash ‘Belanja’ Awek...

MENJADI usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula, dunia perniagaan sekarang semakin...

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Malam Ini

KUALA LUMPUR – Trafik di beberapa laluan lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 9 malam ini berikutan kepulangan orang ramai ke destinasi masing-masing selepas berakhirnya cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik perlahan dari Tanjung Malim ke Rawang dan Gopeng ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

“Trafik turut perlahan dari Ipoh menuju Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai. Aliran trafik dijangka perlahan sehingga tengah malam ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik juga dilaporkan perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori