Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hentikan Spekulasi Insiden Tembak...

GEORGE TOWN - Polis negeri meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi liar berhubung...

Dunia Di Ambang ‘Pandemik...

WASHINGTON - Dunia kini berada di ambang ‘pandemik kelaparan’ di tengah-tengah penularan wabak...

Pensyarah USM Antara Penerima...

LANGKAWI - Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohamed Muzaimil Mohamad Noor,...

Bekas Editor Suara Keadilan...

KUALA LUMPUR - Bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib hari ini memohon maaf...

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini berikutan pertambahan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing.

Sehingga 4.15 petang, keadaan trafik yang perlahan dilaporkan di beberapa lokasi di kawasan utara, selatan dan pantai timur.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik bergerak perlahan dari Seberang Jaya ke Perai, Bukit Tambun menuju ke Bandar Casia, Bandar Casia menghala ke Jawi dan Cangkat Jering menghala Bukit Berapit.

“Trafik turut perlahan dari Terowong Menora menghala ke Jelapang, Slim River menuju ke Bidor dan Simpang Pulai ke Tapah disebabkan peningkatan jumlah trafik yang tinggi.

“Selain itu, terdapat juga kemalangan kecil melibatkan kereta di KM152.3 dari Bukit Tambun ke Jawi. Bagaimanapun, tiada lorong terhalang di lokasi kejadian,” katanya.

Di selatan, trafik dilaporkan perlahandari Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Ayer Hitam menghala ke Yong Peng, Machap ke Simpang Renggam serta Kulai ke Simpang Renggam.


Bagi pantai timur pula, menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia, aliran trafik perlahan selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Terowong Genting Sempah manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori