UNTUNG… Sesiapa yang mengikuti akaun Instagram Datin Paduka Eina Azman pasti sudah terbiasa melihat gaya hidup mewah aktres ini bersama-sama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Apatah lagi dengan dua orang anak kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Karef yang dilahirkan pada 19 Februari 2016. Beliau dan suaminya itu, seorang usahawan mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.
Meskipun sudah terbiasa melihat kemewahan keluarga itu, tetapi, netizen tetap berasa kagum dan tergamam apabila mengetahui yang sempena ulang tahun kedua kembarnya itu, pelakon tersebut telah memberikan hadiah mewah.
Ia berupa sepasang jam tangan jenama Rolex yang bernilai hampir RM20,000 setiap satu pada dua anaknya. Perkara itu juga turut dikongsi oleh Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman melalui akaun Instagram-nya.
Keadaan itu membuatkan ramai netizen meninggalkan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya kurang bersetuju kerana merasakan hadiah mewah seperti itu adalah satu bentuk pembaziran ditambah pula anaknya masih kecil.
Tidak kurang juga, ada netizen yang berasa cemburu kerana dalam usia dua tahun mereka sudah mendapat hadiah mewah seperti itu sedangkan orang dewasa sendiri pun tidak mampu untuk miliki jam dengan harga seperti itu.
Bazir atau tidak, sebagai ibu sudah pasti Eina tahu apa yang dilakukan.
Mungkin jam Rolex itu ibarat satu pelaburan atau memberikan anaknya jam tangan itu dengan harapan mereka boleh memakainya apabila sudah dewasa kelak.
Kesimpulannya, memang beruntung betul apabila dapat jadi anak selebriti ini, dari kecil lagi mereka sudah pun dimanjakan dengan beraneka barangan mewah, selain dapat bercuti di luar negara dan pelbagai lagi hadiah mahal.
Bagi netizen biasa ini kena bertabahlah berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu perkara atau barang mewah itu sendiri. Tapi, apabila berusaha sendiri, kita akan lebih menghargainya, bukan? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA