Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1,500 Dijangka Sertai ‘Sungai...

MELAKA - ‘Sungai Melaka International Challenge 2018’ dijangka menarik penyertaan 1,500 peserta dari...

Murah Rezeki, Sufian Dapat...

DI SEBALIK episod duka yang melanda kehidupan peribadinya, akhirnya kegembiraan kembali menyapa penyanyi...

Johor Perkenal Dasar Kawal...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri memberi jaminan Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)...

‘Tiada Siapa Suka Dilabel...

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada pengacara...

TV AlHijrah Sasar Rai 20 Ribu Penonton Rakaman Studio

SELAIN menjadi pemangkin Islamisasi di Malaysia, TV AlHijrah juga mempunyai peranan yang sangat besar untuk membimbing masyarakat ke arah penghayatan Islam yang lebih bermakna.

TV AlHijrah terus mengorak langkah meluaskan medium dakwah dengan ruang rasa tersendiri dan ternyata berjaya mengubah pandangan skeptikal sesetengah pihak, kononnya program agama sukar diterima khalayak penonton televisyen.

Ini terbukti dengan kejayaan Stesen Islam Terbaik Asia 2017, menarik kehadiran penonton ke studionya di TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur untuk menyaksikan siaran langsung program terbaharunya ‘Dakwah Live’ yang ke udara setiap isnin, selasa dan Rabu, jam 9 malam.

Program bual bicara yang berdurasi 1 jam itu mula bersiaran 5 Februari lepas, tiga kali seminggu telah habis ditempah pelbagai kumpulan penonton dari seluruh negara yang ingin merasai pengalaman penonton di studio.

Pada tiga malam pertama 5, 6 dan 7 Februari minggu ini, rata-ratanya penonton berpuas hati dengan konsep Dakwah Live yang interaktif, santai dan bersahaja. Para penonton juga teruja dengan layanan mesra yan diberikan oleh kakitangan TV AlHijrah.

“Terima kasih atas kesudian TV AlHijrah menerima kami sebagai tetamu dan terima kasih juga atas layanan terbaik daripada staf TV AlHijrah, kata Pn. Leena dari Puspanita Hospital Kuala Lumpur yang menyaksikan Dakwah Live pada 6 Februari lepas melalui catatan WhatsApp-nya.

Siaran Dakwah Live minggu pertama yang bertemakan ‘Mati’ telah dihadiri oleh tiga kumpulan penonton iaitu dari Gemas dan Segamat (5 Februari) Puspanita HKL (6 Februari) dan Kariah Masjid Al Amin, Alor Gajah, Melaka (7 Februari).

Ketiga-tiga malam tersebut menampilkan dua orang hos iaitu Datuk Ustazah Norhafizah Musa yang digandingkan dengan Ustazah Dr. Nik Salida Nik Salleh (5 dan 6 Februari) serta Dato’ Dr. Izhar Ariff dan Dr. Sharifah Hayaati (7 Februari) telah membincangkan tajuk-tajuk seperti ‘Dah sedia ke untuk mati?’, ‘Misteri Alam Kubur’ dan ‘Boleh ke nak minta mati?’.

Manakala panel jemputan pula terdiri dari Ustaz Zul Ramli, Ustaz Syed Norhisyam dan Ustaz Roslan Mohamed.

“Alahamdulillah, program ini baik untuk tontonan semua golongan,” ujar Megat Amaddin Megat Ishak dari Kariah Masjid Al Amin, Alor Gajah yang mengikuti kumpulannya menyaksikan Dakwah Live pada 7 Februari. Beliau juga berharap program Dakwah Live ini berpanjangan dalam usaha berdakwah untuk seluruh rakyat Malaysia.


Manakala Hjh. Rohani bt. Mohd Aris dari kumpulan yang sama berpendapat bahawa Dakwah Live memang menarik, banyak ilmu yang diperolehi dan elok ianya diteruskan.

“Penceramah-penceramahnya (hos & panel) adalah orang-orang yang pakar (dalam bidang agama), yang kita minat dan siapa yang mengikutinya akan dapat banyak ilmu,” katanya lagi sebelum mengatur langkah pulang ke Alor Gajah dengan menaiki bas yang disewa khas semata-mata untuk ke TV Islam Terbaik Asia itu.

Minggu hadapan, bermula 12 hingga 14 Februari, Dakwah Live akan bersiaran dengan kupasan serta perbincangan yang bertemakan ‘Ibu’.

Tiga kumpulan penonton lagi yang telah menempah kehadiran seawal sebulan yang lalu, akan bertandang ke TV AlHijrah, iaitu Kumpulan Mengaji PERKIM, Sungai Raya, Perak, Persatuan Penduduk FELDA Layang-Layang, Simpang Renggam, Johor dan Pakatan Taman Pelangi, Segamat, Johor. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori