Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Putera Mahkota, Salman Abdulaziz...

RIYADH - Putera Mahkota, Salman Abdulaziz Al Saud dinamakan sebagai Raja Arab Saudi...

Bekas Presiden China, Jiang...

BEIJING: Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang mengemudi negara itu melalui era transformasi...

Sebenarnya.MY Catat Rekod Lebih...

SEJAK dilancarkan pada Mac tahun lalu, portal Sebenarnya.MY dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

Pentingnya Mendaftarkan Harta Intelek...

HARTA intelek merujuk kepada berberapa jenis hasil dari idea atau minda seperti ciptaan...

Usaha Pencarian 7 Mangsa Lemas Masih Berjalan

KUALA LUMPUR – Lebih 40 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi masih menjalankan usaha mencari dan menyelamat tujuh orang yang dikhuatiri lemas ketika memancing di sebatang sungai dekat Kem Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Tinjauan Bernama sehingga 9 malam ini mendapati anggota penyelamat daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Sukarelawan Malaysia masih berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya, pasukan penyelamat kini menumpukan pencarian di kawasan jambatan di Kampung Paya Jaras Ulu sehingga ke Kampung Paya Jaras Hilir.

“Operasi ini diteruskan sehingga lapan kilometer sekitar Kampung Paya Jaras. Kedalaman air ketika ini adalah satu meter berbanding tujuh meter pada waktu kejadian,” katanya.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.42 petang mengenai kejadian itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori