Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

AirAsia Pindah Ke Terminal...

KUALA LUMPUR - AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Changi Singapura dari...

Kes Saman: Sultanah Nur...

KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memohon supaya...

Empat Calon Cabar Loke...

SEREMBAN : Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook disaingi empat calon lain bagi...

Nur Sajat Dakwa Produk...

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, mendakwa tiga produk keluarannya...

Usia 93 Tahun, Bakar Masih Gigih Berkayuh Basikal

BALING – Walaupun sudah berusia 93 tahun, warga emas ini masih gagah untuk berkayuh basikal dua hingga tiga kali sehari ke pekan Baling yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

Bakar Ismail dari Kampung Jalan Haji Abas di sini menggunakan basikal sebagai kenderaan utamanya untuk ke mana-mana sejak remaja hingga kini.

“Dulu mana mampu nak beli kenderaan lain. Alhamdulillah, sekarang ni masih mampu pada setiap pagi untuk ke pekan Baling semata-mata minum kopi sebelum ke pasar,” katanya sambil tersenyum ketika ditemui Bernama.

Bakar yang dipercayai warga emas tertua di daerah Baling juga yakin aktiviti berbasikal yang dilakukannya sejak berdekad lalu menyumbang kepada kesihatannya yang baik dan tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya.

Menurutnya, jika ada kenduri-kendara atau perjumpaan masyarakat dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer, dia akan mengayuh basikal ke majlis berkenaan.

“Setakat dua atau tiga kilometer tak ada masalah nak berkayuh basikal tapi janganlah lebih dari itu, nanti dimarah keluarga pulak,” katanya.

Pesara buruh am di Sekolah Inggeris Tunku Putra Baling yang kini di kenali sebagai Sekolah Rendah Tunku Putra itu sering menerima kunjungan pihak tertentu dan juga pelajar institusi pengajian tinggi yang mahu mengetahui sejarah Rundingan Baling.

Rundingan itu berlangsung pada 28 Dis 1955 di antara pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Chin Peng dengan pihak kerajaan Malaya yang diketuai Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj serta baberapa wakil kerajaan Inggeris.

Bakar antara ribuan rakyat yang membanjiri kawasan luar pagar sekolah berkenaan ketika rundingan bersejarah tersebut berlangsung.


Bapa kepada enam anak dan 15 cucu yang masih boleh bertutur bahasa Jepun ini berkata dia turut mengamalkan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak serta tidak mengambil makanan yang terlalu manis.

“Saya masih makan nasi dua kali sehari waktu tengah hari dan malam tetapi sedikit sahaja untuk mengelak daripada lapar serta tidak minum air ketika makan nasi,” kata Bakar yang turut mengakui ramai datang bertanyakan rahsia kesihatannya.

“Saya hanya beritahu mareka saya tiada sebarang ilmu selain sentiasa mengamalkan berkayuh dan tidak mengambil makanan yang terlalu berlemak dan meminum minuman yang terlalu manis,” katanya

Bakar berkata bagi menampung kehidupannya dan isteri Zakiah Ismail, 63, dia turut melakukan kerja-kerja kampung untuk menambah pendapatan yang diterima menerusi pencen RM400 sebulan.

Pada masa sama dia turut berharap ada pihak yang sudi membantunya ke Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah memandangkan dengan wang pencen tersebut dia tidak mampu berbuat demikian secara sendirian. – BERNAMA

Kategori