Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Foto Anak Lelaki Shah...

SHAH Rukh Khan (SRK) merupakan antara nama yang paling berpengaruh di dunia sebagai...

Tak Cukup Sempurna, Adele...

SELEPAS empat tahun menunggu, peminat Adele nampaknya masih perlu menunggu untuk suatu tempoh lagi kelahiran...

Dulu Gambar, Ini Video...

Melalui artikel yang bertarikh 21 Oktober lepas, satu gambar tersebar luas mengenai kejadian...

4.2 Juta Daftar Sertai...

PUTRAJAYA - Sebanyak 4.2 juta rakyat Malaysia berdaftar untuk menyertai 17,648 acara yang...

“Usia Macam Ni, Watak Mak Pun Saya Terima Je”- Azza

SETELAH dua tahun berehat daripada dunia seni, aktres dan penyanyi Azza Elite kini sudah kembali aktif dalam dunia lakonan sejak hujung tahun lalu.

Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 40, akui berasa sangat bersyukur walaupun sudah dua tahun ‘hilang diri’, namun kini kemunculannya di hadapan lensa kamera masih dapat diterima baik penggiat industri.

“Saya seorang yang realistik dan berpijak di bumi yang nyata. Saya sedar apabila faktor usia makin meningkat kita tidak boleh terlalu memilih peluang yang datang,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut Azza, sebab utama mengapa dia masih diterima oleh pengarah adalah disebabkan sikapnya yang tidak pernah memilik watak serta sering menjaga hubungan baiknya bersama dengan semua pihak.

Dalam masa yang sama, disebabkan sikap positifnya itu, dia sering menerima banyak tawaran lakonan sejak mula aktif semula.

“Pada 2018 ini saya bakal berusia 40 tahun jadi tentulah watak mak atau kakak yang ditawarkan. Saya berbesar hati dan terbuka menerima watak-watak begitu. Yang penting, orang percaya dan terus memberikan peluang,” ujarnya lagi.

Selama dua tahun menyepi, Azza berjaya membina empayar perniagaannya sendiri yang diberi nama sebagai Azza Elite Empire HQ, antara produk yang dihasilkan ialah Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.


“Macam saya katakan tadi, tak rugi kita berbuat baik dan menjaga hubungan dengan penggiat, sesama artis, media dan peminat sebab semua ini membantu membuatkan orang tak lupa pada kita.

“Sedar tak sedar sejak saya aktif semula saya sudah membintangi beberapa drama bersiri iaitu Apit & Pendekar Legenda, Kiah Pekasam dan sekarang di set siri Makmum Yang Paling Aku Cinta.

“InshaaAllah pada tahun ini sebuah filem akan keluar dan selepas itu saya masuk sebuah lagi set drama bersiri. Semua watak mak-mak tapi saya seronok sangat,” tambahnya lagi.

Menyedari trend naik turun penglibatannya dalam dunia seni tanah air, terdapat peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dari belakang.

Disebabkan itu, Azza bakal mengadakan sesi santai bersama dengan kelab peminatnya yang diberi nama Luv Azza dan ianya juga merupakan satu penghargaan buat peminat yang tak pernah putus menyokong kerjaya seninya.

Baginya, tanpa peminat mungkin dia tidak dapat bertahan dalam industri hiburan ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori