Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAS Terengganu Tidak Setuju...

KUALA LUMPUR - PAS tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk mengulingkan kerajaan Terengganu...

Peruntukan Besar Sekolah Agama...

ALOR GAJAH - Peruntukan besar untuk sekolah agama, tahfiz dan pondok dalam Bajet...

SIC Wujud Akademi Teknikal...

KUALA LUMPUR - Sepang International Circuit (SIC) akan menubuhkan Akademi Teknikal Sukan Permotoran  bagi memupuk tahap profesionalisme dan kompetensi kru...

Tambahan RM1.1 Bilion Dana...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah...

Ustaz ‘Loyar Buruk’ Pertikai PM Masuk Makam Nabi SAW

ISU Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi makam Nabi Muhammad SAW ketika menunaikan ibadah umrah awal bulan lalu tidak wajar jadi bahan politik oleh mana-mana pihak.

Perkara itu ditegaskan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya sambil menyifatkan kekeliruan berlaku sebenarnya berpunca akibat salah faham sesetengah pihak terhadap perkataan ‘dalam makam’.

“Sudah tentu Perdana Menteri tidak bermaksud beliau berjaya masuk ke ‘dalam kubur’ Nabi Muhammad SAW. Itu memang mustahil, sebaliknya beliau merujuk masuk kawasan makam. Ia adalah rumah Saidatina Aisyah r.a.

“Ini kerana baginda dikebumikan di situ,” kata Fathul Bari dalam satu kenyataan dimuat naik menerusi rakaman video pada hari ini sebagai merujuk keadaan lokasi makam Rasulullah SAW di kawasan Masjid Nabawi, Madinah.

Baca: Najib, Keluarga Masuk Ziarah Makam Rasulullah SAW

Juga: PM Bersyukur Diberi Peluang Khas Memasuki Kaabah

Beliau mengulas dakwaan oleh seorang pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy’ary baru-baru ini yang seolah-olah cuba membuat ‘loyar buruk’ apabila mempertikaikan ziarah Perdana Menteri ke makam Nabi Muhammad SAW.

Ia kemudian menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan apabila mereka mempertikaikan pula bagaimana Najib mampu masuk ke dalam kubur tersebut untuk melihat sendiri jasad baginda SAW disemadikan.


Mengulas lanjut Fathul Bari menjelaskan, bukan semua individu berpeluang memasuki zon makam itu yang ada tiga lapisan dan ia sekali gus merupakan penghormatan tertinggi Raja Arab Saudi terhadap kepimpinan Najib sendiri.

“Ini juga menjadi bukti hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Arab Saudi apatah lagi penjaga dua kota tanah suci itu, ia sebenarnya satu kebanggaan buat rakyat Malaysia,” tegas beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori