Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Amin Senin Ketua Pengarah...

PUTRAJAYA - Datuk Dr. Amin Senin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu mulai...

4 Sekeluarga Maut Kereta...

GUA MUSANG - Empat sekeluarga dari Sungai Besar, Selangor, maut apabila kereta yang...

“Saya Tidak Tahu” –...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan khabar angin...

Tsunami Melayu Tak Mungkin...

MUNGKINKAH tsunami Melayu akan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang?Tidak...

Van Keselamatan Bawa RM4 Juta Terbalik Dirempuh

BAGAI aksi filem Hollywood, sebuah van keselamatan membawa wang tunai RM4 juta terbalik selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi di Jalan Lapangan Terbang Subang itu, dua pegawai keselamatan daripada syarikat keselamatan Security Amour cedera manakala pemandu van terbabit cedera ringan.

Insiden yang berlaku di laluan menghala arah susur masuk ke Kelana Jaya itu melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang dipandu oleh seorang wanita berusia 44 tahun.

Lapor BH Online, berdasarkan laporan daripada pemandu wanita itu, van sekuriti terbabit telah memasuki laluan hadapannya hingga menyebabkannya dia gagal mengelak.

Ia menyebabkan kereta yang dipandunya melanggar van tersebut dari arah belakang sehingga terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata kemalangan menyebabkan kesesakan jalan sepanjang beberapa kilometer.


“Pengguna jalan raya dan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan turut bantu mangsa terbabit dan mangsa cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Mohd Zani berkata, semua wang yang dibawa van itu selamat dan kemudian segera dipindahkan ke sebuah van lain manakala pemandu kereta Nissan Grand Livina tidak mengalami kecederaan.

“Wang dialihkan ke van lain dengan selamat dan siasatan lanjut berhubung kemalangan dilakukan mengikut Peraturan 10 LN 166/59,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori