Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Agong Naik KLIAEkpres...

KUALA LUMPUR - Sikap rendah diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah...

Netizen Amuk Tengok Video...

SEMALAM kami ada kongsikan video 'ghairah' Kak KM dan anak-anak kecilnya. Harini pula...

265 Kontena Sisa Plastik...

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan hari ini terdapat...

5,082 Doktor Pakar Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Terdapat 5,082 doktor pakar dalam pelbagai bidang yang sedang berkhidmat...

Venue SUKMA Perak Siap Sebelum Akhir Mac

PARIT BUNTAR – Semua venue untuk Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak akan siap sebelum akhir Mac, kata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau berkata ketika ini hanya tinggal pelaksanaan kerja-kerja kemasan kesemua venue terlibat dan ia dijangka siap sekitar Mac ini.

“Justeru kita harap Stadium Perak akan boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak Liga Super pada 3 April ini. Selain itu, kita berharap dengan siapnya semua infra tersebut, ia akan membolehkan atlet Perak menjalani latihan bagi menyesuaikan diri di venue terbabit,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan penutup Kursus Ketua Enam Sekawan Pengakap Kanak-Kanak dan Ketua Patrol Pengakap Peringkat Daerah Kerian di Pejabat Pendidikan Daerah Kerian di sini hari.

Seramai 214 pelajar sekolah kebangsaan dan menengah di Kerian menyertai kursus yang bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.

Abdul Puhat berkata sebanyak RM160 juta diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk melengkapkan infra bagi SUKMA Perak, manakala kerajaan negeri pula memperuntukkan RM10 juta sebagai persiapan latihan atlet dalam memastikan Perak mencapai sasaran 70 pingat emas dalam kejohanan itu.


Januari lalu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata seramai 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara akan menyertai SUKMA Perak 2018 yang dijangka berlangsung pada 12 hingga 22 Sept depan.

Katanya mengambil tema Wow, Kita Hebat!, penganjuran sukan dwitahunan di negeri itu dijangka menjadi SUKMA paling viral dalam laman media sosial tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukma

Kategori