Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Kini Kembali Nikmati...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV di beberapa negeri iaitu Kelantan,...

2 Beranak Maut Nahas...

TELUK INTAN - Dua beranak maut manakala dua yang lain parah dalam kemalangan...

KPDNHEP Telah Siapkan Pelan...

BUTTERWORTH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyiapkan...

Muhyiddin, Kabinet UMNO Bincang...

KUALA LUMPUR - Pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama anggota Kabinet...

Video: Kerumun Ramai-Ramai Sebelum Curi iPhone

TIDAK mustahil pengalaman pahit wanita ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika tidak berwaspada dengan orang di sekeliling.

Baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Cher Hello di laman Facebook mendakwa kehilangan telefon bimbit ketika berkunjung di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi, tiga suspek lelaki dilihat mendekati wanita itu yang sedang leka memilih pakaian tanpa menyedari segala gerak-geri mangsa telah diperhatikan.

“Kejadian baru sahaja berlaku pada jam 5.45 petang tadi di pusat beli belah City Square. Mereka curi iPhone 8Plus 256GB milik saya,” tulis mangsa di kapysen video.

Salah seorang daripada kumpulan lelaki itu kemudiannya pergi ke depan mangsa sambil menunjukkan sehelai baju yang dipegang, kononnya ingin membeli pakaian terababit.


Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa hanya membiarkan individu itu tanpa menyedari, beg tanganya telah diseluk pada masa yang sama oleh rakan suspek yang berada di belakang.

Modus operandi ketiga-tiga lelaki ini adalah dengan turut sama ‘sibuk’ memilih pakaian berhampiran mangsa yang berseorangan.

Mangsa turut meminta orang ramai khususnya golongan wanita agar berhati-hati ketika berada di pusat beli belah dan mengharapkan agar rakaman CCTV itu menjadi tular di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori