AKSI ‘lapar cendol’ seorang gadis yang merengek manja dalam keadaan kepanasan nampaknya sudah menjadi buah mulut netizen selepas ia tular sejak beberapa hari lalu.
Rakaman tersebut pada mulanya dimuat naik oleh teman lelaki gadis berkenaan di laman Instagram, sebelum ia menerima pelbagai reaksi sehingga ramai membuat parodi.
Tidak setakat itu, malah segelintir selebriti tempatan juga turut menghasilkan pelbagai versi video parodi meniru aksi mereka.
Terbaharu, video berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang lelaki berkulit hitam ‘merengek’ akibat cuaca panas mengundang gelak tawa dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Yana Owolabi, ia menunjukkan bagaimana versi merengek ‘lapar cendol’ daripada suaminya ketika mereka sedang bercuti di luar negara.
“Ala sian sian sian, panas sampai hitam muka dia,” kata Yana sambil mengesap dahi dan memujuk manja suaminya.
Aksi bersahaja suaminya itu lantas membuatkan ramai netizen merasa terhibur, malah ada yang menggangap parodi paling terbaik di antara kebanyakkan.
“Dalam banyak-banyak video nganjing, video ni paling aku ketawa lama siap guling-guling, hawaaau!” tulis Nur Daniesaha.
“Amboi, mengajing tahap international dah ni…tahniah 🤣😂,” kata Norhayati Arshad.
“Jilake betul haha kelakar weh tersembur nasi aku ni tengah makan, scroll punya scroll hahaha,” tulis Nur Suria Zainol Kamal.
Sehingga kini, rakaman yang dikongsikan semula di laman Facebook Mynewshub itu menerima tontonan 51,000 ribu dan lebih hampir 1,000 perkongsian tidak sampai satu jam ia dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC