Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tunggang Motosikal Roda 3...

SAMA ADA nak gelak ataupun kesian selepas sebuah motor roda tiga yang diubah...

PRU14: Senarai Penuh Calon...

KOTA KINABALU — Berikut senarai penuh calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)...

KWSP Diserbu, Tiada i-Akaun,...

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja...

Video: Penonton Sengaja Ceroboh...

PERSEMBAHAN Kanye West di Festival Glastonbury 2015 dicemari dengan insiden di mana seorang...

Video: Suami Pukul Bini Guna Helmet Cetus Kemarahan

TINDAKAN seorang lelaki memukul isterinya menggunakan topi keledar di sebuah restoran mencetuskan kemarahan orang awam yang berada di sana.

Satu video yang tular di media sosial hari ini menyaksikan lelaki tersebut, yang dipercayai berasal dari Indonesia, dikerumuni orang ramai selepas dia bertindak memukul isterinya yang juga dipercayai berasal dari seberang.

Dalam video berdurasi 3 minit 33 saat itu, seorang lelaki berjaket hitam mengambil tindakan mempersoalkan tindakan pelaku berbaju biru itu memukul isterinya di tempat awam.

“Saya pun jahat jugak bang, tapi saya tak pernah pukul isteri dan anak-anak,” ujar lelaki berjaket hitam itu sebelum menarik baju pelaku tersebut dan mengugut untuk membawanya ke balai polis.

Lelaki berjaket hitam itu kemudian memberi nasihat kepada isteri pelaku itu untuk membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan dirinya di masa hadapan.

Walaubagaimanapun, wanita tersebut masih mempertahankan suaminya walaupun selepas dipukul lelaki dayus itu.

Wanita itu turut menambah bahawa sebelum ini dia pernah membuat laporan polis terhadap suaminya itu namun telah menarik balik dan diselesaikan cara baik.

Video tersebut dirakam dan dikongsikan seorang lelaki dipercayai warga asing yang menggunakan nama Ram Don di Facebook dengan komen-komen spontannya ketika kejadian berlaku menggelikan hati netizen.


“Abang ada sembahyang ka? Kalau ada sembahyang kenapa ini macam bikin?” kata perakam video tersebut mempersoalkan tindakan lelaki itu.

Rakaman tersebut berakhir dengan lelaki berjaket hitam serta perakam video itu memberikan nasihat kepada lelaki Indonesia tersebut agar tidak memukul isterinya tidak kira apa yang terjadi.

Video yang tular di Facebook itu mendatangkan reaksi pelbagai dari netizen apabila ada yang mengecam tindakan lelaki dayus tersebut namun ada juga yang terhibur dengan telatah perakam video terbabit.

“Kesian wife dia. Tengok macam orang Indonesia. Nak balik rumah mak ayah maybe jauh kat Indonesia sana. Terpaksa lah hadap suami yang zalim. Wahai suami lindungilah isteri anda,” tulis Ara Yien di ruangan komen.

“Aku lebih tertarik dengar komen aney tu, kelakar pulak,” komen seorang pengguna.

“Ingatkan aku sorang je yang nak gelak. Apa pun salute dekat abang yang rakam ni. Saya kasi 10 bintang,” tulis Reena Mokhtar.

Apa-apa pun, tabik dekat abang berjaket hitam dan perakam video ini kerana mempertahankan wanita tersebut. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori