Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sekolah Boleh Tutup Jika...

PUTRAJAYA - Bermula Isnin, pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi...

Jasad Khoo Kay Kim...

KUALA LUMPUR - Jasad mendiang tokoh sejarawan dan ahli akademik Prof. Emeritus Tan...

Kejayaan KD Lekiu Sertai...

KOTA KINABALU - Kejayaan KD Lekiu menyertai latihan maritim terbesar, Rim of the...

50% Hasil Bidaan Nombor...

PARLIMEN | Sebanyak 50 peratus daripada hasil kutipan keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa...

Video: Tendang Warga Emas Ketika Tunggang Motosikal

GEORGE TOWN – Tular menerusi media sosial rakaman video seorang penunggang motosikal lelaki menendang warga emas ketika menunggang motosikal di Persiaran Gurney, di sini semalam.

Kejadian itu berjaya dirakam menerusi paparan dashcam seorang pemandu wanita yang kemudiannya memuat naik rakaman di media sosial termasuk di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid secara tiba-tiba dihimpit suspek yang kemudian menendang motosikalnya.

Warga emas berusia 60 tahun itu kemudian terjatuh dan topi keledarnya turut tercabut, manakala lelaki terbabit terus memecut laju melarikan diri.

Mangsa yang cedera di beberapa bahagia badan termasuk sakit di bahagian dada telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.


Susulan kejadian itu, anak lelaki mangsa telah membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa bapanya.

Menurut anaknya, bapanya itu tidak mempunyai masalah atau berselisih faham dengan mana-mana pihak sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata pihaknya sudah menghubungi pemilik rakaman dashcam berkenaan dan wanita itu bersetuju untuk memberi keterangan selain membawa salinan rakaman asal insiden itu.

Beliau juga turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut agar terus menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori