Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KJ Mahu Jumpa TMJ...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan mengadakan pertemuan dengan...

Bayi 5 Bulan Terperangkap...

SEREMBAN - Seramai sembilan orang termasuk bayi berusia lima bulan terperangkap dalam kereta...

Curang: Wanita Potong Alat...

CHINA – Gara-gara geram dengan suami yang curang, seorang isteri, Feng, 30, hilang...

Bekas Pemimpin PAS Hilang...

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin PAS yang kini menyertai Pakatan Harapan melalui Parti...

Wanita Saudi Dibenarkan Sertai Tentera

RIYADH – Buat pertama kalinya, wanita Saudi dibenarkan membuat permohonan untuk menyertai tentera negara itu.

Kaum wanita diberikan tempoh sehingga lusa (1 Mac) untuk memohon pekerjaan sebagai askar di wilayah seperti Riyadh, Makkah, al-Qassim dan Madinah.

Sekalipun begitu, peranan-peranan yang boleh dipegang mereka tidak melibatkan pertempuran. Sebaliknya, kaum wanita berpeluang untuk bekerja dalam bidang kawalan keselamatan, lapor laman BBC.

Antara 12 syarat permohonan itu termasuk, rakyat Saudi, dalam lingkungan usia 25 hingga 35 tahun dan memiliki diploma sekolah menengah.

Wanita-wanita yang ingin membuat permohonan serta penjaga mereka, lazimnya suami, bapa, saudara lelaki atau anak lelaki, juga mesti memiliki kediaman di wilayah yang sama dengan lokasi tugas, menurut BBC.

Keputusan untuk merekrut askar wanita adalah salah satu daripada banyak perubahan yang dilaksanakan untuk mempertingkat hak-hak asasi kaum wanita. Perubahan-perubahan itu mula diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu di Arab Saudi.

Raja Saudi Raja Salman mengeluarkan dekri bahawa kaum wanita akan dibenarkan memandu mulai bulan Jun tahun ini.


Selain itu, kaum wanita juga sudah dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium sejak bulan lalu.

Walau bagaimanapun, para aktivis hak-hak kemusiaan berkata sistem penjaga lelaki yang bersifat diskriminasi di Arab Saudi masih ada meskipun kerajaan negara itu berikrar akan memansuhkannya, lapor BBC.

Di bawah sistem itu, wanita dewasa mesti mendapat izin untuk melancong, bernikah atau meninggalkan penjara.

Mereka mungkin diwajibkan meminta izin untuk bekerja atau mendapatkan jagaan kesihatan.

Kaum wanita juga diasingkan daripada kaum lelaki yang tiada hubungan kekeluargaan dan mesti memakai jubah yang dipanggil ‘abaya’ apabila berada di tempat-tempat awam serta bertudung jika mereka Muslim. – Agensi

Kategori