Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di T’ganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 798 mangsa...

Datuk Seri Palsu: Polis...

KUALA LUMPUR : Polis merampas beberapa peralatan darjah kebesaran susulan siasatan polis ke...

Satelit Keenam Negara, Measat-3b...

SATELIT keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit oleh roket pelancar Ariane 5...

Terengganu Lulus Dua Syarikat...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu telah meluluskan permohonan dua syarikat untuk melakukan kajian...

Warga Emas Dikejar, Dipijak Gajah

LELAKI warga emas parah selepas dipercayai dikejar dan dipijak gajah di Kilometer 19 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik- Jeli, Gerik, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa M Paramanazan,69, patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di lengan kanan dan patah tulang leher.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Mat Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya menaiki lori melalui JRTB ke arah Gerik.

Katanya, mangsa bersama anaknya kemudiannya memberhentikan lori di lokasi itu untuk melihat gajah di kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudiannya dipercayai dikejar gajah berkenaan sebelum dipijak dan anak mangsa yang berada di dalam lori bergegas turun dan membawa mangsa ke hospital.


“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. – myMetro Online

Kategori