Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Dijangka Terima 10,000 Pekerja...

PASIR GUDANG: Indonesia dijangka menghantar 5,000 hingga 10,000 rakyatnya bagi memenuhi sektor pembinaan...

Manfaatkan Portal MyWanita Untuk...

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita yang baharu berkecimpung dalam perniagaan secara dalam talian...

3 Beranak Parah Terhumban...

BACHOK - Tiga beranak cedera parah selepas terhumban ke dalam gaung daripada atas...

Foto Lebih 7K Perkongsian…...

KESIBUKAN bekerja sering kali menjadi alasan tipikal ramai orang untuk sengaja meninggalkan kewajiban...

Warga Filipina Dilatih Ala Tentera Antara 11 Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Filipina yang dipercayai pernah terlibat dalam beberapa siri latihan ala tentera di salah sebuah kem di selatan Filipina antara 11 individu yang ditahan di Sabah dan Singapura kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki itu ditahan di Sandakan, Sabah bersama empat individu lain masing-masing dua warga tempatan dan Filipina dalam tangkapan yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 25 dan 26 Januari lepas.

Menurutnya, lelaki berusia 39 tahun itu pernah berbai’ah taat setia di hadapan pemimpin kanan kumpulan pengganas di selatan Filipina pada 2000.

“Suspek juga menerima arahan daripada seorang pemimpin kanan kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina untuk menguruskan kemasukan beberapa anggota pengganas Daesh dari Sandakan ke negara itu untuk menyertai kumpulan pengganas di Zamboanga, selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, empat lagi suspek berusia antara 33 hingga 50 tahun yang ditahan bertanggungjawab dalam membantu suspek pertama dalam menguruskan kemasukkan anggota pengganas asing ke selatan Filipina dengan menjadikan Sandakan sebagai transit.

Menurutnya, dua daripada lima suspek berkenaan bekerja sebagai buruh manakala seorang pengurup wang tidak berlesen, seorang pemandu bot penumpang dan penganggur.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata tiga lelaki warga Filipina dan seorang wanita tempatan ditahan di Penampang, Sabah pada 4 Februari lepas.


“Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 32 tahun dan bekerja sebagai tukang kebun, buruh, pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta dan seorang penganggur,” katanya.

Menurutnya, suspek lelaki yang berusia 27 tahun merupakan anggota kanan kepada pemimpin Abu Sayyaf Group (ASG) yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina.

Manakala seorang lagi suspek lelaki berusia 32 tahun dipercayai terlibat mengatur kemasukan seorang warga asing ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh, katanya. – BERNAMA

Kategori