Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

MyBas Di Perlis Dijangka...

KANGAR - Perkhidmatan bas henti-henti atau MyBas di negeri ini pelancarannya tertangguh dua...

Calon MCA Hantar Warga...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berjanji...

Mawar Nafi Kenal, Hutang...

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan...

Anwar Minta PAS, DAP...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta PAS dan DAP berbincang dan...

Warga KDN Perlu Komited Jaga Keamanan Negara

KUANTAN – Peranan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa kini semakin penting dan mencabar yang memerlukan komitmen sepenuhnya daripada pegawai dan kakitangannya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata mereka bertanggungjawab untuk memastikan aspek keselamatan negara terus terpelihara daripada sebarang anasir jahat.

“Bukan hanya polis atau tentera yang jaga keselamatan, tapi semua jabatan yang berada di bawah KDN mempunyai tugas masing-masing…ramai yang tidak nampak (pentingnya) fungsi mereka.

“Keselamatan bukan hanya pada faktor fizikal (senjata, kemahiran bertempur) dengan pihak luar tetapi juga menjaga keharmonian dan susun atur dalam negara agar tiada kekecohan atau timbul rasa tidak selesa di tanah air sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama 220 warga KDN serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang turut dihadiri Pengarah JBPM Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Muhammad Hatta Kassim.

Dalam pada itu, Adnan turut mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya menjalankan urusan pentadbiran secara adil dan saksama.


Kataya, ia merupakan sebahagian daripada amanah yang dipertanggungjawab terhadap mereka dalam mengurus tadbir sesebuah jabatan kerajaan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori