Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Pantau 46...

JOHOR BAHARU - Polis akan meningkatkan pemantauan di 46 lokasi yang kerap berlaku...

Fauziah Latiff Dan Nassier...

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada...

Bazar Rakyat Jadi Mercu...

KOTA BELUD - Bazar Rakyat bakal menjadi satu lagi mercu tanda baharu pekan...

6 Pasukan Sertai Piala...

KUALA LUMPUR - Skuad remaja negara akan membuka cabaran mereka menentang England di...

Yakin Kemampuan Guru Wanita Sebagai Guru Disiplin

KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) yakin dengan kemampuan guru wanita menjalankan tugas sebagai guru disiplin dalam menangani kes-kes disiplin di sekolah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata guru wanita yang menjalankan tugas sebagai guru disiplin kini mengatasi bilangan guru lelaki namun kemampuan dan kewibawaan mereka adalah setanding.

“Memang kalau dikira dari segi gender, guru wanita dah atasi guru lelaki dan tak ada lah kita nak lantik guru lelaki sahaja jadi guru disiplin sebab kemasukan wanita ke Institut Pendidikan Guru ( IPG) dah 70 peratus.

“Tetapi saya menaruh keyakinan guru wanita dapat atasi masalah (disiplin) walaupun berdepan tugas yang lebih mencabar yang membabitkan sekolah- sekolah kategori “hotspot” (tinggi masalah disiplin),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Pemimpin Bersama Warga Felda di Felda Bukit Tembaga di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya, kerjasama pihak sekolah dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Ibu- Bapa dan Guru ( PIBG) serta masyarakat setempat mampu membantu guru disiplin wanita dalam menangani masalah disiplin di sekolah.

Sementara itu, dalam ucapannya Mahdzir mengajak rakyat menghargai keamanan yang dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu.


Katanya, keamanan adalah kunci kepada kejayaan Malaysia hingga boleh membuka peluang- peluang pendidikan kepada rakyat untuk terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran.

“Negara perlu dipastikan aman, barulah perancangan kerajaan ke arah pendidikan, kemudahan dan dasar dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Oleh itu, kita tak mau ada orang bawa amalan politik benci sama sendiri, berdendam, bersangka buruk, tiada hala tuju dan celaru dalam masyarakat yang akhirnya berlaku perpecahan sesama kita dan permusuhan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori