Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kehadiran Tun M Mampu...

PORT DICKSON - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin...

MH370: Waris Penumpang Saman...

KUALA LUMPUR - Waris kepada 12 penumpang Malaysia, Rusia, China dan Ukraine yang...

Bidas Tun M, Bellew...

KUALA LUMPUR - Dalam satu sidang akhbar khas, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

Banyak Sekolah Bakal Guna...

BESUT - Kementerian Pendidikan akan melaksanakan lebih banyak proses pembelajaran menggunakan teknologi komunikasi...

#ZoukLofa: Neelofa Hilang Lebih 100K Followers Di IG

SEHINGGA kini, isu berkaitan pelakon dan pengacara Neelofa masih lagi diperkatakan di setiap ruang media sosial dan juga portal-portal media hiburan negara.

Ini berhubung tindakan selebriti muslimah popular itu yang mengadakan pelancaran koleksi hijab terbarunya di sebuah kelab malam, Isnin lalu.

Disebabkan percaturannya itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor dikecam bertubi-tubi di laman sosial oleh para netizen yang masih belum boleh move on dengan tindakan pengacara program MeleTOP itu.

Baca: Neelofa Sambut Baik Teguran Mufti

Juga: “Tak Ada Arak Pun, Orang Luar Je Kecoh” – Neelofa

Lagi: #ZoukLofa: Naelofa Dilapor Kepada JAWI

Tidak hairanlah perkara tersebut berlaku, memandangkan reputasi tinggi Neelofa sebagai figura awam yang sangat popular di Malaysia ini.

Melalui pemerhatian yang dibuat ke atas akaun Instagram Neelofa, aktres tersebut telah kehilangan seramai 100 ribu pengikut di laman Instagramnya sejak pelancaran tudungnya dua hari lalu.

Jumlah pengikut Neelofa ketika ini adalah sebanyak 5.4 juta yang menyaksikan penurunan mendadak sejak isu ini terjadi.

Statistik tersebut disokong salah satu laman web yang mengira statistik dan analisis jumlah pengikut di laman sosial iaitu Social Blade.

Social Blade adalah sebuah laman web yang membolehkan anda menjejaki statistik anda dan mengukur pertumbuhan di beberapa platform media sosial termasuk YouTube, Twitch, dan Instagram.

Menerusi statistik daripada Instagram Neelofa yang dikeluarkan laman web tersebut, jelas penurunan mendadak dicatatkan selepas insiden tersebut yang berlaku pada malam 26 Februari lalu.


Jika dilihat daripada statistik tersebut, jumlah penurunan pengikut di Instagram aktres itu mula mendapat penurunan sejurus selepas pelancaran tudungnya itu tersebar di media sosial.

Sehingga kini, masih ramai netizen yang bertindak untuk unfollow akaun Instagram Neelofa memandangkan tindakan Neelofa yang sehingga kini masih belum membuat permohonan maaf daripada dirinya sendiri.

Serta: Naelofar Hijab Mohon Maaf Atas Kekhilafan

Seperti dilaporkan sebelum ini, pihak Naelofar Hijab sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas tindakan mereka mengadakan acara tersebut di sebuah kelam malam popular di ibu kota.

Pengurangan tersebut seperti melihatkan masyarakat kini kurang percaya dan kecewa dengan sikap Neelofa yang seperti tidak mempunyai rasa bersalah akan tindakan kontroversinya itu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori