Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Atlet Kayak Parah Dilanggar...

JOHOR BAHRU - Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias cedera parah selepas...

Suami Tak Bagi Adira...

RASANYA masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan tahniah kepada Adira atas kemenangan...

PM Lepaskan Peserta Program...

MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepaskan peserta...

Anak Bawa Bapa Lumpuh...

HENAN - Dek kerana risaukan bapa yang membesarkannya selama ini, seorang pelajar membawa lelaki...

107 Individu Disenarai Dalam Daftar Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Seramai 107 individu yang dihukum atas kesalahan berkaitan kanak-kanak telah disenarai dalam Daftar Kanak-Kanak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata Daftar Kanak-Kanak itu yang dilaksanakan selaras penguatkuasaan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 adalah bertujuan membekalkan maklumat mengenai individu yang akan diambil bekerja dalam industri berkaitan kanak-kanak seperti pengasuh, warden asrama dan pengusaha kantin.

Beliau berkata maklumat mengenai pesalah dan tindakan yang dikenakan terhadap pesalah diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta akan kekal dalam rekod yang bertujuan sebagai rujukan pihak-pihak berkepentingan yang memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak.

“Senarai pesalah di dalam daftar ini adalah sulit dan tidak akan diumumkan atau dipaparkan. Ia adalah usaha kepada majikan untuk mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak,” katanya menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang ingin tahu bila kementerian berkenaan menguat kuasa Daftar Kanak-Kanak serta kriterianya.

Katanya, kesalahan yang direkodkan tidak hanya terhad kepada jenayah seksual semata-mata tetapi merangkumi pelbagai kesalahan lain seperti dera, menggunakan kanak-kanak untuk mengemis, perhimpunan jalanan serta membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sepatutnya. – BERNAMA

Kategori