Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Pengerusi Mesyuarat Dewan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan...

Surat PM Pakistan Kepada...

SEMALAM, Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah mengutus surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg meminta media sosial gergasi itu menurunkan semua kandungan Islamofobia di platformnya.

Mayat Anggota Polis Ditembak...

KUALA LUMPUR - Mayat mendiang Lans Koperal Valentino anak Mesa, 29, yang ditemukan...

Hanya Lakon Drama, Eyka...

DI bulan mulia ini, pastinya semua umat Islam akan berebut-rebut melakukan amal ibadat...

11 Dipenjara Serang Masjid, Harta Awam Di Iran

TEHRAN – Sebelas anggota kumpulan pembangkang Iran yang dituduh menyerang masjid dan harta awam dipenjarakan sehingga enam tahun, lapor agensi berita rasmi IRNA semalam.

Timbalan Pendakwa Raya daerah Khorasan Razavi di timur laut Iran, Hassan Heidari, berkata 11 defendan termasuk wanita, juga disabitkan bersalah melakukan propaganda menentang sistem republik Islam.

Sebahagian daripada mereka juga didapati bersalah membakar dua masjid di bandar raya Masshad, lapor ISNA, menambah mereka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Menurut pihak berkuasa Iran, tertuduh adalah anggota kumpulan pembangkang ‘Restart’ yang ditubuhkan Mohammad Hosseini, hos pertunjukan di televisyen yang hidup dalam buangan.

Menerusi media sosial, beliau didakwa menggesa rakyat Iran menyerang masjid, bank dan pusat yang dikendalikan Basij, militia yang dikaitkan dengan Pengawal Revolusi.

Pada Oktober tahun lalu, beberapa buah bank menjadi sasaran serangan sekitar waktu malam.


Sekurang-kurangnya 25 maut dalam gelombang ketegangan yang melanda negara itu antara 28 Disember dan 1 Januari lalu. – AFP/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Kategori