Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jerebu: MET Nafi Pembenihan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi menafikan mereka menggunakan bahan kimia yang lebih kuat...

‘Dr Ganja’ Hadapi 36...

KLANG - Seorang pesara tentera bergelar 'Dr Ganja' dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan...

Khairil Nizam Dinobat Ketua...

KUANTAN - Seperti dijangka, jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS kini disandang oleh Ir...

Pekerja Wanita Parah Tangan...

TAIPING - Pergelangan tangan kanan seorang pekerja wanita hancur akibat tersepit pada mesin...

12 Subjek UITM Disenarai QS World University Rankings

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya menyenaraikan 12 subjek dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2018, yang dikeluarkan semalam.

Subjek berkenaan ialah Seni Bina dan Alam Bina; Kejuruteraan Kimia; Kejuruteraan Mekanikal; Aeronautik dan Pembuatan; Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Komputer Sains dan Sistem Maklumat; Agrikultur dan Perhutanan; Perubatan; Farmasi dan Farmakologi; Kimia; Perakaunan dan Kewangan; Pendidikan serta Kajian Pengurusan dan Perniagaan.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata kesemua subjek itu diukur berdasarkan kepada prestasi dalam empat petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik, reputasi graduan oleh majikan, jumlah petikan artikel untuk tempoh lima tahun dari Indeks Scopus dan H-indeks yang juga diekstrak dari Scopus.

“H-indeks merujuk kepada jumlah penerbitan dan jumlah petikan untuk setiap artikel dalam sesuatu subjek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hassan berkata UiTM juga menunjukkan peningkatan dalam kedudukan penarafan untuk empat bidang subjek pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Bidang berkenaan ialah Sains Sosial dan Pengurusan (daripada kedudukan 309 ke kedudukan 198, peningkatan 111 tangga); Kejuruteraan dan Teknologi (daripada kedudukan 280 ke kedudukan 180, peningkatan 100 tangga); Sastera dan Kemanusiaan (daripada kedudukan 249 ke kedudukan 239, peningkatan 10 tangga) serta Sains Hayat dan Perubatan.

“Tahun ini merupakan tahun pertama UiTM berjaya disenaraikan dalam bidang Sains Hayat dan Perubatan pada kedudukan 451 ke 500 terbaik dunia. Selain itu, keputusan keseluruhan penarafan ini juga menyatakan bahawa bidang Kejuruteraan dan Teknologi merupakan bidang yang terbaik di UiTM dengan berada pada kedudukan 180 terbaik di dunia,” katanya.


Secara keseluruhannya, Hassan berkata UiTM telah menunjukkan peningkatan skor sebanyak 326 yang kebanyakannya disumbangkan oleh petunjuk reputasi graduan oleh majikan serta H-indeks dari Scopus.

Beliau juga menyatakan peningkatan petunjuk reputasi graduan membuktikan keyakinan pihak majikan terhadap graduan UiTM yang terus meningkat dari tahun ke tahun.

“Peningkatan H-indeks dari Scopus merupakan indikasi bahawa ahli akademik UiTM telah berjaya menghasilkan penulisan daripada penyelidikan yang berkualiti dan seterusnya menjadi rujukan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Keputusan keseluruhan boleh dilihat di laman sesawang www.topuniversities.com. – BERNAMA

Kategori