Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

“Kau Mabuk Ke Masa...

SEJAK semalam, tular di laman sosial gambar papan iklan produk yang dipasang secara...

Kerjasama PAS, UMNO Beri...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin...

Polis Lulus Himpunan Pertahan...

KUALA LUMPUR - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang akan diadakan di...

Konsert Rock Dihentikan Seketika...

SITUASI sebegini jarang-jarang sekali dapat disaksikan apabila pengunjung sebuah konsert rock, Rock in...

16 Koperasi Rukun Tetangga Bakal Ditubuh Tahun Ini

LANGKAWI – Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi berterusan untuk melibatkan badan komuniti tersebut dalam aktiviti ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini berkata kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terlibat akan menerima bimbingan mengenai pengoperasian koperasi daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

“Tahun lepas, sebanyak 13 koperasi Rukun Tetangga telah ditubuhkan dan saya sudah memberitahu semua pengarah (JPNIN di semua negeri) untuk mengadakan seminar dan bekerjasama dengan Angkasa (dalam membantu KRT terlibat),” katanya kepada media selepas merasmikan penutupan Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Rukun Tetangga di sini.

Dengan penglibatan dalam koperasi ini, beliau berkata semua KRT itu dapat menjana pendapatan sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Mereka boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang menguntungkan dan membantu menangani peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi,” katanya. – BERNAMA

Kategori