Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

19 CCTV Depot Tahanan...

KUALA LUMPUR - Tiada satu pun daripada 19 kamera rakaman litar tertutup (CCTV)...

MyCC Lakukan Serbuan, Giat...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) giat meneruskan siasatan terhadap dakwaan wujud...

SPR Perlu RM1.2 Bilion...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak RM1.2 bilion diperlukan...

Nahas Duke: Nak Jual...

INSIDEN kemalangan di Lebuhraya Duke benar-benar membuka mata ramai rakyat Malaysia yang prihatin....

2 Cedera Pokok Tumbang Dekat Menara Petronas

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Dalam kejadian itu, sebuah kereta turut dihempap tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika ini kerja-kerja pembersihan serpihan pokok tumbang di jalan itu sedang dilaksana oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejadian yang berlaku pada waktu puncak ketika orang ramai menuju ke tempat kerja atau urusan lain itu menjurus kepada penutupan sementara jalan, namun anggota polis trafik berjaya mengawal keadaan.


Wartawan Bernama yang berada di KLCC berkata petugas DBKL dilihat bertungkus lumus melakukan kerja-kerja memotong pokok yang tumbang itu kepada beberapa bahagian dengan bantuan jentera berat sebelum dialihkan.

Setakat 10.15 pagi, peringkat akhir kerja pembersihan masih berjalan.

Insiden yang berlaku dalam keadaan cuaca baik itu menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan merakamkan gambar dan video serta dikongsikan dalam media sosial. – BERNAMA

Kategori