Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Simpan Pasport: Bapa Anak...

PETALING JAYA - Seorang bapa dua anak didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan...

WOW! Zain Saidin Dilantik...

JIKA si isteri semakin lebat rezekinya dengan perniagaan tudung yang laris di pasaran, si...

KPM Kehilangan Seorang Guru...

BAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kehilangan seorang guru yang hebat berikutan pemergian...

Jangan Jadi ‘Ketam Dalam...

SHAH ALAM - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua ahli Umno...

2 Individu Rugi RM94,000 Panggilan Macau Scam

KUANTAN – Dua lelaki mengalami kerugian RM94,000 selepas terpedaya dengan helah sindiket ‘Macau Scam’ yang mendakwa kedua-dua mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram dan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata kejadian pertama melibatkan seorang pesara tentera yang kerugian RM59,000 selepas memberikan maklumat peribadi akaunnya kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Beliau menambah mangsa yang berusia 51 tahun dari Batu 11 di sini, mendakwa menerima panggilan pada pukul 4.10 petang , Khamis lalu daripada seorang lelaki mendakwa pegawai Aliance Bank memaklumkan dia membuat pinjaman sebanyak RM70,000.

“Mangsa menafikan perkara itu dan kemudiannya dihubungkan dengan lelaki yang kononnya pegawai polis di Terengganu. Dia diberitahu dirinya terlibat dengan suspek kesalahan pengubahan wang haram dan dadah.

“Mangsa kemudiannya disambungkan pula ke pegawai atasan yang didakwa meminta mangsa membuka akaun bank baharu bagi memindahkan wang RM59,000 daripada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa kemudiannya mendapati baki wang di dalam akaun baharu itu hanya tinggal RM16 semasa membuat pemeriksaan, menyebabkan dia membuat laporan polis semalam.

Pada kes berlainan, seorang peniaga (eng:he) berusia 68 tahun kerugian RM35,600 selepas menerima pangilan daripada lelaki yang mendakwa pegawai Hong Leong Bank di Taiping, memaklumkan dirinya mempunyai tunggakan bayaran pinjaman peribadi.


“Mangsa menerima panggilan itu pada Ahad lalu dan panggilan itu kononnya disambungkan ke pegawai di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak yang memberitahu dia terlibat dalam pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

“Mangsa mendakwa diugut supaya memindahkan kesemua wang daripada akaunnya ke dalam akaun Bank Negara bagi siasatan lanjut. Mangsa berbuat demikian dengan mengunakan perkhidmatan perbankan internet,”katanya.

Mohd Wazir menambah mangsa bagaimanapun tidak dapat menghubungi suspek selepas berbuat demikian menyebabkan dia membuat laporan polis pada Ahad.

Beliau menambah kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori